Sunday, May 08, 2011

Selamat Hari Ibu dari SayaBudakMelayu

Ibu, Emak, Mak, Umi, Ma, Mama, Bonda, Mammy dan lain-lain.

Banyak panggilan orang kita untuk bahasakan kepada ibu kita. Kalau yang dari kampung-kampung selalunya "ibu", "bonda" atau "mak". Kalau dari bandar ni ramai yang "mama" dan "mammy".

Semua tu tak penting,
yang paling penting adalah macamana cara kita nak menghargai pengorbanan seorang ibu.

Apa pengorbanan terbesar seorang ibu dekat kita? Dua benda yang paling penting adalah:
1) Mengandungkan kita dalam lingkungan 9 bulan
2)Melahirkan kita

Point no 1:
Nak cakap korang, 9 bulan kalau kita sentiasa galas beg berat dalam 2 KG yang didalamnya ada telur kehulur-kehilir apa yang kita rasa? Tak ke rasa rimas bai? Mesti nak buat benda semua kita rasa kurang best. Kandungan beg tu telur pulak, mestilah kena hati-hati. Kalau salah langkah pecah lak karang. Kalau galas beg tu belah depan nak tido meniarap pun tak boleh. Tambah-tambah yang slalu chat dengan bf/gf atas katil. Banyak aktiviti yang kita nak buat tak boleh. Banyak benda yang dalam 9 bulan tu ibu kita korbankan semata-mata untuk menjaga kita dan elakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Ape yang perlu dikorbankan?
1)Aktiviti-aktiviti lasak
2)Baju baru kena beli sebab perut dah besar
3)Makan kena jaga bai sebab masa dalam perut korang nak nutrien semua
4)Kena kurangkan berjalan, habis plan shopping-shopping dan jalan-jalan dengan kawan-kawan terhad
5)Nak manje-manje dengan ayah korang rasa malu sebab kononye korang nampak. hahaha

Point no 2:
Dalam banyak-banyak sakit, sakit melahirkan anak adalah sakit yang ke-2 tersakit di dunia. Yang 1st kompem-kompem MATI. Dengar dari senior yang dah masuk wad untuk sambut baby, diorang kata memang ngeri dengar pesakit menjerit masa nak teran keluar baby tu. Bayangkan, kalau tercucuk paku pun kita dah menjerit, ni apakan lagi sakit yang ke-2 tersakit dekat dunia.

Jadi apa yang kita boleh balas budi ibu kita?

Salah satu caranya adalah dengan mentaati suruhan ibu kita selagi tidak melanggari syara'. Selain dari tu, cubalah jadi anak yang soleh dan selalulah BERDOA untuk kesejahteraan kedua ibubapa kita dalam solat-solat kita. :)


“ Dan Kami telah memerintahkan manusia supaya berbuat baik dan berbakti kepada kedua ibu bapanya … ” (Al-Ankabut ayat 8 )


Sabda Nabi SAW;

“ Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya : “ Saya telah bertanya kepada Nabi SAW : “ Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah ? ” Baginda menjawab : “ Sembahyang dalam waktunya. ” Beliau bertanya lagi : “ Kemudian amalan manakah pula? ” Baginda menjawab: “ Kemudian berbakti kepada ibubapa. ” Beliau bertanya lagi: “ Kemudian amalan manakah pula? ” Baginda menjawab: “ Berjihad di jalan Allah. ” Beliau berkata lagi: “ Baginda SAW telah berbicara kepada saya tentang semua itu. Seandainya saya meminta Baginda SAW menambah lagi, pasti Baginda SAW menambah untuk saya. ”
[Hadis riwayat Bukhari]





Selamat Hari Ibu


blog ini bukan blog pengikut Ibrahim Ali,
bukan pro-PERKASA,
mahupun UMNO.

ini bebas punya.

sekian terima kasih.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...