Monday, October 24, 2011

Kita juga menuju ke sana...


Dunia kecoh dengan pembongkaran terbaru berkenaan video yang menyayat hati setiap manusia yang punyai sifat insani, jiwa dan perasaan. Seorang bayi telah dibiarkan mati setelah dilenyek sebanyak dua kali dan tiada sesiapa yang peduli untuk membantu bayi itu sehinggalah seorang pemungut sampah membantu, namun tidak sempat untuk berbuat apa-apa akhirnya.

Sepanjang video tersebut, 18 orang telah dapat dilihat berulang alik memerhati bayi tersebut, namun tiada usaha untuk membantu. Dan apabila ditanya seorang dari 18 orang yang didapati dalam video tersebut kenapa tidak membantu, dijawabnya;

‘Dia bukan anak aku, kenapa perlu aku bantu?’

Dan apabila pemandu van yang melanggar budak perempuan tersebut menyerahkan diri disoal kenapa tidak membantu, maka dijawabnya;

‘Kalau dia mati, saya hanya perlu membayar dalam Yuan 20,000 sahaja, tapi kalau saya membantunya, mungkin saya terpaksa menanggung ratusan ribu Yuan sehingga dia pulih...’

Dari mana punca masalah ini? Dari mana akarnya sehingga manusia tidak lagi mampu untuk mempunyai sifat insani dan manusiawi sehingga lahir manusia-manusia seperti diatas?

Jawapannya mudah, pandangan alam (worldview) sesuatu masyarakat dan individu.

Lijia Zhang, seorang penulis apabila menulis berkenaan isu diatas, menukilkan asbab utama kelahiran satu spesis manusia yang tidak berperikemanusiaan seperti diatas: pandangan alam dan pemikiran yang disebut sebagai

SHAOGUANXIANSHI, yang bermaksud jangan masuk campur jikalau itu bukan hal kamu...

Fei Xiaotong, seorang sosiologis berbangsa Cina apabila diminta untuk memberi diskripsi berkenaan orang Cina menulis, didalam bukunya bertajuk From the Soil [1992, From the Soil: the Chinese Societies, the Regents of University of California], bahawa sifat penting diri itu merupakan kekurangan dan masalah utama bagi bangsa Cina itu. Dinukilkan,

‘When we think of selfishness, we think of the proverb, ‘Each persons should sweep the snow from his own doorstep and should not fret about the frost on his neighbour’s roof..’

Lijia Zhang, nukilkan lagi pengalaman beliau semasa dibawah pemerintahan Mao, yang mana mewajibkan setiap warganegara pada bulan Mac untuk melakukan kerja amal untuk menghapuskan apa yang dipanggil sebagai shaoguanxianshi itu. Namun, setelah kejatuhan Mao, dan pemerintah China mula membuka pintunya pada dunia, kekosongan jiwa dan pandangan alam didalam masyarakat China yang setelah hampir sepuluh tahun diindoktrinasi dengan pandangan komunis Revolusi Budaya yang mana menentang segala adat dan adab tradisi bangsa Cina dan agama-agama di China telah digantikan dengan sifat tamak haloba, sifat pentingkan diri, dan sifat lebih mengutamakan untung sendiri dari hal yang lain.

Apa yang berlaku di China tak mustahil berlaku di negara kita, tanah air kita dan pada bangsa kita sendiri. Apabila agama dibuang, segala adat dan adab Melayu yang dipegang sebagai pandangan alam bangsa Melayu diketepikan dek kerana atas nama kemajuan.Dan perkara ini sudah dapat dilihat sikit demi sedikit pada bangsa kita, pada jiran kita, dan pada diri kita sendiri, walau bagaimana cara sekalipun untuk kita nafikan.

Dan perkara ini juga tidak mustahil akan berlaku jika anak-anak kecil bangsa kita jika tidak dididik dengan pandangan alam yang sepatutnya. Segala pantun, syair dan hikayat dibuang, sedangkan itulah norma dan undang-undang tidak bertulis bangsa kita yang telah kita lupakan. Segala nasihat, segala pengalaman dan nilai moral yang ditanam pada bangsa kita hingga mampu untuk mengekalkan jati diri walaupun dijajah lebih dari 500 tahun.

Kita lupa jati diri kita sendiri. Akhirnya, wujudnya kelompongan sepertimana yang telah berlaku di Tanah Besar China yang kosong jiwanya setelah diindoktrinasi semasa Revolusi Kebudayaan Mao, dan sebaliknya berpaksikan nilai moral itu pada wang ringgit, dan kekayaan.

Samada kita mahu percaya atau tidak, mahu menafikan atau tidak, kita sedang menuju dunia seperti mana yang telah terjadi di Negara China...


Thursday, October 20, 2011

HIMPUN. satu pandangan.




Bismillah walhamdulillah.

22 Oktober, seluruh umat Islam diseru untuk menghadirkan diri ke Stadium Shah Alam untuk menyuarakan bantahan terhadap peningkatan kes2 murtad yang dilaporkan di Malaysia. Keengganan PAS untuk tidak menyatakan sokongan dilihat sedikit sebanyak menempangkan gerak langkah gabungan NGO ini. Walaupun masih lagi dinaungi oleh NGO2 yang lain, namun kegagalan menarik PAS turut sama terlibat dalam HIMPUN ini dilihat bakal memberikan impak yang bukan kecil.

Mengapa HIMPUN? Agaknya, apa perasaan kita, selaku orang Islam, tatkala penganut Buddha beramai2 berkumpul menyatakan kebimbangan mereka apabila 'murtad'nya penganut Buddha dengan kembali kepada Islam? Apa jeritan hati kecil kita, tatkala para pendokong Hindu, menyuarakan bantahan dengan berkumpul beramai2, mencela penganutnya yang menganut Islam? Soalnya, mana sensitiviti kita terhadap konsep keharmonian agama yang selama ini kita junjung bersama?

Harus diingat, kita sepatutnya gusar, seandainya golongan yang hadir ke HIMPUN hanyalah mereka2 yang sudah sebati dengan Islam sekaligus meninggalkan puak2 yang masih hanyut, jauh di belakang. Target mad'u yang dilihat terlalu terbuka seperti ini dilihat menyukarkan perkembangan dakwah yang sepatutnya menjadi titik permulaan bagi membasmi gejala murtad yang kian membarah di bumi ini. Sasaran utama kita haruslah mereka yang masih tidak sedar gejala murtad yang merebak dalam diam, namun, akan datangkah golongan sebegitu dalam perhimpunan seumpama ini?

Usah menuding jari kepada agama lain. Lihat sendiri, apa yang orang Islam laksanakan untuk menyuburi hati2 orang Islam? Sebenarnya, di mana kita dalam menangani isu murtad? Berapa banyak bajet dalam belanjawan diperuntukkan untuk menangani gejala sosial dalam kalangan anak muda? Berapa program realiti yang menjarakkan manusia dengan nilai2 Islami dihentikan? Berapa konsert2 hiburan yang berjaya dibatalkan? Sejauhmana dakwah Islam benar2 konsisten menyirami hati2 gersang warga Islam di Malaysia? Berapa banyak gerakan dakwah dijana pada peringkat kerajaan? Cukupkah dengan sekadar penganjur Musabaqah AlQuran saban tahun? Dan, benarkah kita percaya, dengan HIMPUN, barah murtad bakal sembuh? Berapa ramai non-muslim akan kembali pada fitrah mereka, yakni Islam? Berapa ramai pula orang Islam yang sudah murtad akan insaf, dan bertaubat dengan pulang ke pangkuan Islam?

Saya berpendapat idea HIMPUN, adalah cukup baik. Namun, saya bimbang seandainya dengan HIMPUN, persepsi non-muslim terhadap muslim akan lebih buruk. Mungkin jurang antara agama akan wujud dengan lebih besar selepas ini. Dan secara langsung akan memberi kesan kepada usaha dakwah di bumi Malaysia. Pandangan saya, HIMPUN hanya satu cara, dan kita masih punya beraneka alternatif lain bagi menangani gejala murtad seperti ini. Jangan semakin bezakan kita dengan mereka, jika tidak bagaimana mereka akan menuruti kita? Jadi, saya mohon tampil berbeza.

mohamad izzat ghazali.
universiti islam antarabangsa malaysia.

Monday, October 17, 2011

The Beauty and The Beast

Pertama sekali,aku nak mintak maaf bagi pihak semua penulis kerana sangat lama tak berupdate.Walaupun aku rasa blog ni tak ramai orang baca,tapi permohonan maaf ini tetap perlu.Ketahuilah,kami semua sangat sibuk dengan hal-hal duniawi.(konon).

Ok.Beauty and the beast.Dalam bahasa kebangsaan, awek superb tapi balak sampah.Sampah dan superb di sini adalah dalam erti kata rupa luaran.Mungkin dah banyak post pasal ni,but still,aku rasa nak post jugak.



Dulu zaman aku muda-muda,serius aku sangat tak puas hati dan berasa cilakak dengan mamat-mamat yang kurang kacak,tapi awek beliau boleh jadi model.Awek putih gebu,body mantap, tapi balak muka pecah rumah.Serius wei,sakit hati kot tengok.Bila sakit hati,maka otak akan cuba mencari alasan2 untuk menyejukkan balik hati.Antara alasan untuk menyejukkan hati2 mamat2 desperate yang berasa cilakak tengok couple camni-

1- 1st mesti la dalam otak pikir,ni mesti kes balak poket kembung,anak tokey balak,keta BMW,rumah 4 tingkat kat Bukit Tunku.Dan si gadis tersebut mesti lah jenis mengikis.Ini adalah antara pandangan sinis tipikal dan sangat common.


 Tapi kadang2,memang betul weh.Aku penah kenal sorang awek ni.Balak dia budak U,dan standard budak2 U 1st sem ada moto ja.Then ada la sorang mamat berkereta mazda 3 datang tekel.Terus ditinggalkan balak lama dia.Shit gila.Syahdu weh kalau jadi mamat tu.(cerita benar yang diolah)

2- Dorang memang dah kapel dari zaman sebelum mumayyiz lagi.Ya la kan,time tu mamat tu mungkin masih jambu,awek tu pun body tak nampak apa lagi.Yang ni aku respect.Ini namanya setia.Susah wei nak cari awek yang setia skarang ni.Sapa yang dah penah kena,tau la peritnya bila diri dicurangi.Uhuks.

 Sweetnyeeee.hihihik


3-Banyak lagi aku nak tulis sebenarnya.Tapi cam panjang sangat.Aku bukan macam Aryamehr,aku faham orang malas nak baca post panjang2 haha.Ok terus kepada benda yang aku sebenarnya nak cakap dalam post ni.Kita balik kepada Islam la kan.

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki keji adalah untuk wanita-wanita yang keji, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik.” 
(Surah An-Nur : 26)

So,tak kisah lah awek tu lawa ka,balak dia muka shrek ka,yang penting hati jugak.Kalau dah sama-sama baik,bagus lah.Nak buat tak puas hati apa lagi kan.Ada penah jumpa kapel yang dating,si awek pakai cleavage je,dan balak dia pakai serban?susah beb.So kalau awek tu prangai cam sial,balak pun selalunya sial jugak. 
4- Ok last point.Kepada mamat-mamat yang berperasaan cilakak tengok lelaki tak kacak dapat awek superb,sila sematkan point ini dalam hati masing-masing.Percayalah,kalau lelaki tersebut dapat awek superb,kita jugak berpeluang dapat awek superb jugak.Lebih superb lagi mungkin.

"Jangan kau dambakan wanita secantik Zulaikha,jika kamu tidak setampan Yusuf.Jangan kau damba wanita setulus Fatimah,jika imanmu tidak sekuat iman Ali.Jangan kau mimpi wanita semulia Khadijah,jika dirimu tidak mencontohi Rasulullah s.a.w"

yang ni paling legend.



p/s:aku nak tekel Neelofa.Serius.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...