yaa Latiff
Apabila tuan punya pengasas blog meminta si penghikayat untuk menulis didalam blog ini, seikhlasnya si penghikayat begitu malas hendak menulis. Pernah mempunyai blog sendiri, khusus membincangkan hal-ehwal semasa dan hal yang berkaitan Melayu, Adat Resam Melayu, dan segala berkaitan dengan Melayu-Islam tetapi kerana terlalu dengan sibuk dengan kehidupan seharian sebagai pelajar dan penuntut memaksa si penghikayat untuk meninggalkan buana maya ini buat sementara (cadangnya untuk selamanya). Tapi desakan dari tuan punya pengasas blog ini untuk meminta si penghikayat menulis, dan yang paling penting apabila melihat kebobrokan dan kerosakan pada umat Melayu-Islam di nugara ini menyebabkan si penghikayat bersetuju untuk menulis semula.
Fokus si penghikayat ialah berkisar tentang Melayu dan Kemelayuan. Apabila tuan pengasas blog ini mengatakan bahawa blog ini bersifat ‘suka-suka’ dan anda mahukan satu tajuk atau artikel bersifat ‘suka-suka,’ sila hindarkan diri anda dari sebarang artikel atau tajuk yang ditulis ‘Aryamehr.’ Tapi pada siapa yang bersedia untuk dicabar minda dan pemikirannya, dan bersedia juga untuk memegang filsufi seorang ilmuwan, memegang tatacara bersetuju untuk tidak bersetuju, nah, si penghikayat sediakan jalannya! Jawapannya, terpulang pada anda. Dan jangan pula mengharapkan tulisan berbentuk teori seperti blog-blog terkenal yang lain seperti Alter Terahsia Bangsa Melayu, atau Mistisfiles. Jadi, sediakan pen, dan kertas kosong kerana kita baru hendak bermula!
Svasti Sastata!
Parmadah parkara parkhanah parmkab, permakam saujana saujanam, bhavana bawanam, vakarma barkanam, suvarna suvarnam, banki bicatumikah
Tinggi dari darandah, dari darak kata malarakta
Mahdaya bhupala-viram, vaidurya nilam pavalam, murdakham, kaumalam suvarna manikam,
Artikel 1: Siapa itu Melayu oleh Aryamehr.
No comments:
Post a Comment