Friday, December 30, 2011

Lelaki Binatang

Kami post lambat2 bukan sebab kami malas.Kami lambat sebab kecelaruan hidup sebagai student U.Harap maklum.


Lelaki binatang merupakan golongan lelaki yang sering bertukar-tukar gadis.Bukan setakat bertukar-tukar,malah tak kekok untuk main dengan gadis-gadis tersebut.Bertukar di sini bukan dalam erti kata main,tinggal,cari perempuan lain.Tapi macam ni; seminggu dengan Milah, minggu kedua dengan Timah, minggu ketiga dengan Letchumi, dan minggu keempat kembali kepada Milah.Tu la kitaran kebinatangan beliau.

Kriteria lelaki binatang adalah seperti dibawah.Kepada jantan-jantan di luar sana,sila renungkan samada saudara-saudara sekalian termasuk dalam golongan lelaki binatang. Kepada gadis-gadis, boleh jugak renungkan untuk peringatan.

1- Berduit



Ni paling penting untuk membinatangkan diri. Sebab apa?sebab lelaki binatang ni, aim beliau adalah untuk main. Jadi untuk mencapai objektif tersebut, adalah perlu untuk membuat pelaburan. Ya la kan,awek mana nak serah camtu je body beliau kalau tak melabur sikit. Paling koman sebelum dapat tu, kena la bawak pi tengok wayang, McD, karok, bawak shopping.Lepas tu hotel pulak. Mau dekat RM200 jugak la sekali labur tu. Tapi beliau tak kisah.Kerana hasil pelaburan beliau bakal lumayan.

2- Pandai mengayat.



Kalau tak pandai mengayat pun bole je nak jadi binatang. Tapi poket mesti kencang la. Jadi kritieria kedua ni adalah bagi lelaki binatang yang poket tak berapa nak kencang (pergh ada rima akhir). Ayat-ayat menipu beliau sangat natural.

Milah- Awak, jom tengok Papa I Love U?Malam karang bole la saye buat Papa I Love U kat awak.Hikhik.
Binatang- Alaa awak, saye ade presentation la Isnin ni.Lecturer ni leceh sikit.Awak pun tau kan saye ni pelajar berwawasan..Saye kene buat research betul-betul.
Milah- Ala ye ke wak.Camtu minggu depan bole?
Binatang- (minggu depan turn sape tah) Hmm tak berani janji la awak.Saye try ok?
Milah- Ok wak :)


Timah- U, I lapar McD la u...Tringin nak makan BigMac.U pun rindu nak burger kan?hikhik
Binatang- Ala u..I memang rindu burger U.Eh silap,burger McD.Tapi I ada test la Isnin ni.Subjek killer pulak tu.U doakan I tau..
Timah- Walaupun I ni jarang berdoa, untuk U, I doa betul2.. :)
Binatang- Thanx..Nanti kite makan burger k..hihihi

Letchumi-U,jom overnight?
Binatang-Set.

Ni situasi kalau student la.Kalau kerja lain cerita..

3- Tak ada relationship.



Maksud takdak relationship ni adalah lelaki binatang tidak akan commit.Dengan Milah dia tak kapel, dengan Timah tak, Letchumi apatah lagi.Sebab apa tak commit?sebab aim dia cuma untuk berfoya-foya. Bagi beliau, relationship is bullshit. So apa yang beliau buat? Beliau akan bagi harapan.Communication skill beliau digunakan sepenuhnya untuk menabur janji-janji manis, tapi beliau takkan mintak kapel. 
Bila gadis-gadis tu mintak kapel, mula la bagi alasan;
- I tak ready lagi la nak kapel..Kita stay friends dulu la ok?Friends with benefits.
- Hish apa la u ni.Tak belajar ke yang couple tu haram?Tak caye tanye Imam Muda Asyraf..
- Bercinta tu hanya selepas kawin.Tu prinsip I. Mak I pun selalu pesan camtu.
-Apa kata kita kenal dulu hati body masing-masing?

Tiga point cukup la kot.Malas nak cerita panjang-panjang.

Sebagai penutup. Kepada laki-laki yang jenis perangai macam ni, eloklah rasanya kalau dah mula fikir untuk berubah. Memang la sekarang fikir nak enjoy,nak main, tapi sampai bila?One day U r gonna face the real life. Hidup ni pun ada lagi selepas mati. Kawan aku pernah pesan kat aku;

"One day, akan sampai satu masa yang kau akan menyesal dengan apa yang kau pernah buat."

Bayangkan bila kau dah kawin, tiba2 si Milah datang serang family kau,cakap kau pernah gunakan dia.Nak deny?Boleh saja..Tapi kalau tiba2 sebagai bukti,dia cakap kat bini kau yang kau ada tiga taik lalat kat bontot,mana mau lari?

Renung-renungkan..

Friday, December 09, 2011

PAU - debu bawah karpet.


Bismillah walhamdulillah.

Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2011) masih terasa kehangatannya. seperti biasa, media main stream seperti TV3 dan Berita Harian akan melunaskan tanggungjawab yang diamanahkan ke pundak mereka. Jadi, seharusnya kita, warga marhaen yang prihatin, tidak merasa hairan tatkala terperasan dalam 10-15 pages Berita Harian bergebang tentang PAU semata. Hendaklah juga, kita, (sekali lagi) selaku warga marhaen yang prihatin, tidak merasa takjub bilamana menyedari hampir 40minit Buletin Utama TV3 memaparkan ceritera PAU sahaja.

Dengan menguasai media perdana negara, setidak-tidaknya kelemahan demi kelemahan yang disedari, sepanjang PAU berlangsung, dapat dihindari daripada diketahui ramai. ketepikan seketika perwakilan2 yang datang, kerana walaupun dikatakan mewakili bahagian masing2, mereka tetap di'taja' untuk datang. jadi, kelemahan drp PAU adalah diyakini tidak diterima para pendabik dada - peraih untung kroni - perwakilan UMNO.

1) taburan wang besar.
penulis tidak tahu apa yang berlaku dlm perhimpunan agung parti2 lain, tetapi andai dibandingkan dgn muktamar PAS, PAU sangat berbeza. perwakilan PAS yang dipilih bukan sahaja datang menggunakan kenderaan sendiri, malah dana daripada PAS kawasan juga lazimnya tidak cukup utk menampung belanja harian. sudah menjadi lumrah, masjid2 surau2 akan menjadi tempat persinggahan tidak sebagaimana PAU.

apa yang menjadi wasilah pembeza? PAU - perwakilan seluruh negara datang dgn bas, disediakan duit poket, hotel2 di sekitar PWTC sudah dibooking awal utk 'pasukan-tepuk-tangan-kuat2' ini.

2) plagiat idea2 parti lain setelah mencemuh.
cadangan daripada seorang perwakilan saudara Kamarudin Omar, untuk memastikan setiap calon PRU daripada UMNO bersumpah 'wallahi,wabillahi,watallahi' mengundang reaksi berlainan dalam kalangan Majlis Tertinggi. ada yang menyifatkan kebolehpercayaan di kalangan YB Umno berada di tahap yang membimbangkan. plagiat daripada PAS ini mengundang kegusaran kepada sesetengah pimpinan, bimbang dijadikan modal pilihanraya akan datang.



dalam lembaran sejarah, tersisip kemas betapa UMNO mempersendakan kaedah PAS dalam usaha untuk menjamin ahli tidak berpaling tadah dengan melakukan bai'ah. Beberapa siri tuduhan dilempar kepada PAS, antaranya tidak demokratik, tidak percaya kepada ahli, bidaah, sesat dan sebagainya. Sekarang saksikanlah, siapa yang jilat ludah sendiri?

3) perbahasan ucapan dasar yang 'playsafe'.
sesi berbahas PAU merupakan sesi mengipas memanda presiden. memandangkan PAU 2011 merupakan perhimpunan agung 'terakhir' sebelum PRU, perwakilan-perwakilan yang lantang sebagaimana PAU sebelum ini, lebih bersikap menjaga periuk nasi sendiri. sewajarnya, sidang perwakilan mengambil kesempatan ini untuk bangkit mengingatkan Majlis Tertinggi dalam situasi pergolakan isu yang kebelakangan ini tidak memihak kepada parti.



4) kalimah agama meniti di bibir (alhamdulillah)
ini adalah antara yg obvious, kalau x percaya, sila baca dalam ucapan dasar Presiden. anda semua sila jangan kutuk, kalimah agama adalah semestinya bukan milik mana2 individu, ataupun parti. part kena bantai gelak dengan budak2 PASTI adalah paling 'in', Allah s.aw ?? Amboi, ini memang nampak anda memaksa untuk nampak Islamic.

saya harap, istilah jihad, istiqamah, tarbiyyah, dakwah, syumul, dan lain2 lagi. jangan setakat, baca dgn nada semangat, acung tangan tinggi2, buat muka yakin, dan bukak telinga, dengar orang tepuk, itu sangat-lah no-class.

5) pepatah bodoh lahir.
"jika UMNO kalah, survival politik Melayu akan berakhir"- YB Ahmad Maslan. Hakikatnya, seandainya Allah swt berkehendakkan kekalahan UMNO dalam PRU kali ini, politik Melayu sepertimana sekarang, malah mungkin lebih bertambah lantaran 2 parti utama dalam Pakatan Rakyat dibarisi muka2 melayu, berbanding hanya UMNO satu-satunya dalam Barisan Nasional. kalimat tidak melalui tapisan minda seperti ini, akan menjadi liabiliti besar kepada UMNO kepada golongan yang tidak dibatasi sempadan bangsa.

6) pengumuman pengunduran tokoh politik
beberapa pimpinan besar UMNO sudah reti bahasa mengumumkan cuci tangan daripada arena politik. mungkin hati sudah terasa, mereka bukanlah winnable candidate yang dicanang Presiden. sebelum tanpa sebab digugurkan, ada baiknya mengumumkan pengunduran. nescaya lebih dilihat terhormat, berbanding digugurkan daripada senarai pencalonan.


7) UMNO - hanya hero di kampung sendiri.
tindakan Najib yang menggunakan gelanggang PAU untuk menaikkan integriti diri, keputusan Shahrizat untuk bertegang urat leher bermatian membela diri sendiri, memperlihatkan betapa Malaysia sangat kekurangan seorang pemimpin di sebalik lambakan ahli politik. pemimpin, (sebagaimana Khairy, dan Mahfuz) tidak hanya bermadah hebat di beranda rumah sendiri, tetapi turut sama mengegar di beranda lawan.

8) isu-isu besar, masih dibiarkan berteka-teki.
mana jawapan UMNO selaku parti politik utama yang memegang tampuk pemerintahan dalam isu-isu mega yang menjadi siulan media alternatif kini? apa jadi dengan isu komisyen kapal selam rm500 juta? apa update terkini dengan kes bunuh Atlantuya yang dibicarakan di mahkamah Perancis? apa cerita kes2 Felda yang masih tertunggak pampasannya walaupun sudah diisytiharkan menang di mahkamah?

9) PAU - rakyat Malaysia bukan semuanya UMNO !!
Najib dalam ucapan penggulungannya menyeru seluruh rakyat Malaysia (?) memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada UMNO. dalam PAU, sepatutnya Najib bertindak selaku seorang general kepada parti, bukan captain kepada Malaysia. conflict of interests seperti ini, sedikit sebanyak menggugat integriti dan kredibiliti Najib Razak.

bilamana Najib harus berdiri selaku PM Malaysia, please set aside your position as President UMNO ! Kerana anda merupakan pemimpin Malaysia, secara keseluruhan yang bukan hanya terdiri daripada anggota parti UMNO. dan bilamana Najib berucap selaku seorang Presiden UMNO, lupakanlah seketika yang anda seorang PM. kerana hak anda selaku seorang Presiden UMNO jauh lebih kecil andai dibandingkan dengan hak seorang PM.

seorang belia (menurut TV3) menyifatkan PAU 2011 adalah yang terbaik dalam sejarah UMNO. persoalannya, pernah ke dia lihat PAU pada era Tun Hussein Onn, Tun Mahathir dan lain-lain dengan usia semuda itu? dan disebalik kegahan penganjurannya, disebalik limpahan kemewahan yang dilaburkan, andai Allah swt mentakdirkan kejatuhan UMNO dalam PRU kali ini, nescaya takwilan sebahagian penganalisis politik bahawa PAU 2011 adalah yang terakhir UMNO, akan menjadi benar.

dan Dia-lah Tuhan yang memilik segala kerajaan.

Tuesday, December 06, 2011

Kutuk-Foreigner


Tajuk nak racist je kan.Aku tak selalunya racist,tapi kadang-kadang aku bole jadi racist,bergantung kepada situasi.

Study kat universiti bertaraf ANTARABANGSA ni mendedahkan aku kepada ramai foreigner.Kuota student foreigner:Malaysian kat sini lebih kurang 1:3 (kot..). So aku rasa aku layak la kot untuk mengutuk para foreigner ni.

Aku tak ramai kawan foreigner.Dan aku tak anti foreigner,serius.Aku cuma anti kepada perangai sesetengah foreigner ni.Ada ja foreigner yang baik,tapi yang tak berapa baik ni ramai jugak la.Yang memenuhkan masjid serta surau-surau mahallah kat sini,foreigner lah.

Jadi foreigner-foreigner yang bakal dikutuk ni bukan foreigner secara general.Sini aku listkan beberapa perangai yang aku serta sahabat-sahabat seangkatan selalu tak puas hati dengan foreigner ni.

1- Bawak kereta macam celaka.



Ni antara perangai yang aku paling tak puas hati ar.Bawak kereta macam shit.Jalan sempit,ada kereta parking kiri kanan,but still,bawak kereta macam tak tahan nak berak.Memang kebanyakan foreigner bawak kereta macam sial.Aku berani cakap camni sebab bila aku tengok ja kereta yang dibawak dengan cara sial,terdetik dalam hati aku,ni konfem foreigner.Dan bila aku tengok driver,yeah,aku memang bijak kerana beliau adalah foreigner.
(Malaysian pun ramai yang bawak kereta macam celaka ni.Tapi lain kali la aku kutuk.Post ni hanya untuk foreigner)

2- Jalan kaki tengah jalan.



Ni memang mengundang carutan bab*, celaka,sial,jahannam,fuc* off serta shi*. Palotak ar nak jalan tengah-tengah jalan raya.Kalau kau satu U dengan aku,takpun dok kat kolej-kolej international,kau mesti setuju dengan aku.Aku yang bawak moto pun sakit hati,ni kan pulak kalau bawak kereta.Dahla jalan tengah-tengah jalan raya,pastu kalau ada kereta belakang,tak reti-reti pulak nak cepat-cepat ketepi.Jalan ramai-ramai pulak tu,siap berpegang tangan lagi kadang-kadang..Palotak ar kan.Kalau orang hon,tau pulak nak buat muka tak puas hati.
Satu lagi,tak sedar kot bahaya yang bakal menanti kalau jalan camtu,mau pulak malam-malam.Kamu tu dah la tak berapa nak cerah.haih...

3- Bau kurang menyenangkan



Betul beb.Bau mereka-mereka ni memang tak best.Tambah-tambah yang badan ala-ala The Great Khali,pergh bauuu.Kalau tengah stim konfem turun balik.
Ni nak cerita pengalaman aku.Stu maghrib yang hening,sedang aku menyanyi sambil gosok gigi dalam toilet,datang la sorang foreigner berkilat,berpeluh,dan badan ala-ala Great Khali.Bau beliau,serius macam stoking futsal aku yang 3minggu dipakai berulang-ulang tanpa dibasuh. Ok aku maafkanla sebab mungkin beliau ni baru balik jogging ke,futsal ke kan.Lepas mandi,kebetulan aku jumpa balik beliau,yang juga baru lepas mandi.Bau masih lagi busuk,cuma kurang sikit la dari time aku gosok gigi tu.Aku tatau la beliau mandi camna.Tapi kalau dah sedar badan tu berbau,pandai-pandai la mandi tu bersabun.Badan dah taf,tapi bau stoking.Tak matching langsung.

4-Berak kat shower.

Dalam semua yang celaka,inilah yang paling celaka.Ni kes-kes terpencil,tapi sering berlaku tatkala nak dekat-dekat final exam.Aku tak faham kesinambungan berak kat shower dengan final exam.Tapi yang aku pasti,suspek utama memang foreigner la.Mungkin adat mereka sebelum jawab exam kot.
(tiada gambar kerana sangat menggelikan)

5-Bercukur atau potong bulu,tak reti nak buang.



Bersepah bulu-bulu kerinting dalam shower dengan toilet mahallah aku.Spoil gila mood aku nak mandi.Sebab tu la kadang-kadang aku tak mandi.Puncanya foreigner la.

Ha tu ja lah kot buat masa sekarang ni.Diingatkan sekali lagi,ini bukan foreigner secara general,tetapi kepada foreigner yang tergolong dalam 5 kategori diatas.





Sunday, December 04, 2011

Kenapa Ramai Gagal Bercinta ???


Cinta, cinta, cinta... I love you, you love me, you jump, i jump, Sanggup ku redah lautan berapi, bagai bulan jatuh ke riba, bagai pungguk rindukan bulan dan bla bla bla bla..

Biasa lah, memang semua nampak indah bila bercinta, semua nampak tak mustahil bila bercinta,, sebab itu lah lahirnya metafora atau hiperbola yang sedemikian rupa.. So sweet.. (>_<) erkk, tapi sedar tak berapa ramai sebenarnya pencinta-pencinta ini pernah gagal atau akan gagal dalam bercinta? Ya, aku ulang,,ramai yang gagal bercinta.

Aku tahu korang semua tahu apa itu cinta. Dengan dibesarkan dengan cerita sembilu, diikuti kesabaran adamaya, pengorbanan nur kasih, serta keromantikan nora elena, sehinggalah datangnya ombak rindu, membuatkan korang semua terasa nak bercinta. Tipulah kalau korang tak teringin nak bercinta. Tak ek? err.. paling kurang pun mesti korang pnah terfikir pasal cinta kan? Kan?

Sama ada dari segi ‘western-ly’ atau ‘islamic-ly’, aku tahu dah banyak sangat post-post yang mengupas pasal cinta ni, ditambah pula dengan post-post oleh doktor-doktor cinta kat luar sana kan? Well, yang pasti ini bukan entri dr.love wannabe.

tapi.. sebagai seorang pelajar yang memilih kelas KAUNSELING sebagai ‘skill class’ yang di ’wajib’ kan pihak universiti, ingin aku kongsikan kat sini dari sudut 'psikologi' dan serumpun dengannya, kenapa ramai gagal bercinta? Kenapa? Kenapa?

Secara asasnya, kita semua ada 5 deria, aku tak pasti akan kesahihan deria ke 6 yang diuar-uarkan m.night shyamalan dalam cerita sixth sense, maka aku abaikan kat sini. Jadi, kita ada 5 deria iaitu melihat, mendengar, menyentuh, menghidu, serta merasa. Kan?

Dipendekkan serta diolahkan cerita menjadi ayat sendiri, terdapat lar makhluk tuhan yang aku tak ingat namanya mengkaji perihal manusia dan deria, dan lahirlah teori yang mengatakan setiap orang ada deria yang dominan dalam komunikasi cinta ini. Mungkin kau tergolong dalam kategori lihat (visual person), dengar (auditory person), atau sentuh (kinesthetic person). 3 deria yang aku namakan deria komunikasi cinta.LOL.


1- Visual Person


Visual person seperti maksudnya ialah seorang yang amat peka akan pandangannya. Well, secara mudahnya, dari mata turun ke hati. Untuk si dia, jadilah orang yang sentiasa smart dan kemas di mata si dia walaupun kau bukanlah yang paling kacak di mata dunia, jadilah orang yang sentiasa ayu dan cun di mata si dia walaupun kau bukanlah yang paling cantik di mata dunia.

Apatah lagi bila dia dapat hadiah, memang dia akan tenung-tenung hadiah tu sampai tahap nak buat frame. Walau hanya 1 kad kecil bertulis ‘i love u’, si dia akan anggap macam cincin berlian 14 karat. Ya, pelik tapi benar.

Setakat ‘calling’ setiap hari i love u, u love me kau ingat cukup ke? Kalau boleh, 24/7 si dia nak kau ada depan mata dia. Cinta jarak jauh? Kemungkinan besar akan gagal. Bukan nak jadi prejudis, tapi memang kenyataannya banyak yang gagal dari yang berjaya cinta jarak jauh ni. Well, korang boleh cuba.. berita baik untuk mereka-mereka yang visual, mungkin kehadiran 3G dan Skype boleh tolong korang.Kot.


2- Auditory Person



Pernah tengok awek cun dapat balak selenga atau balak hensem dapat awek tak cun? Kalau korang pergi klcc atau mana-mana pusat ‘dating’, korang boleh nampak gadis macam lisa surihani berkapel-kapelan dengan lelaki macam abon. Haih.. speechless...

Well, maka datang lah berbagai-bagai alasan dan kata-kata menyedapkan hati lelaki macam aku seperti , mamat tu mesti anak jutawan poket penuh dengan wang yang mampu membeli cinta, atau awek cun tersebut telah disantau berkali-kali sehingga tidak dapat melepaskan mamat tersebut. Err.. tak mustahil. Kan? Tapi macam yang aku cakap kat atas ni, itu semua alasan...

Maka berbalik kepada teori deria komunikasi cinta ni, auditory person ialah jenis mereka-mereka yang amat peka dengan kata-kata. Jadi berkait dengan beauty and the beast, tak mustahil untuk seseorang mamat selenga dapat awek yang cun melecun tahap lisa surihani kalau ayat dia ‘power’. Dan tak mustahil untuk seorang mamat sehensem aaron aziz jatuh cinta dengan gadis yang kurang cun tahap enot, kalau ayat enot tu power. Bagi sikit ayat “lautan berapi sanggup ku renangi, tak pun nyanyi sikit lagu sambil main gitar macam ainan tasneem, konfem cair auditory person yang korang nak ‘tackle’ tu.kot.

Untuk yang nak bercinta jarak jauh atau terpaksa bercinta jarak jauh, sila berasa lebih lega sekiranya pasangan anda auditory person. Kenapa? Sebab aku rasa kau tak perlu untuk travel dari gombak ke johor, atau dari utara ke selatan untuk jumpa pasangan masing-masing, yang penting kau ada masa untuk si dia dengar suara kau. Setakat topup rm10 untuk ‘calling’ tu, apa lah sangat nak dibandingkan harga tiket bas untuk kau travel jumpa awek atau balak kau. Kan?


3- Kinesthetic Person


Err.. sebenarnya aku tak selesa sangat nak cakap bab kinesthetic person ni. Ana raffali dah siap nyanyi, boleh pandang-pandang, jangan pegang-pegang. Haram. Korang pun tahu, kan? Tapi secara ilmiahnya kinesthetic person ni seperti maksudnya amat peka akan sentuhan. Well, golongan kinesthetic ni boleh kita golongkan sebagai golongan yang manja, atau gedik mengikut citarasa masing-masing.

Kalau ber ‘dating’ tu, sikit-sikit nak pegang tangan, sikit-sikit nak maen cubit-cubit, sikit-sikit nak cuit-cuit. Maka, manja dalam konteks mereka-mereka yang amat suka dibelai,dan gedik dalam konteks mereka-mereka yang tak reti nak berenggang dengan pasangan masing-masing.kot.

Kalau merajuk tu, punya lah payah nak pujuk, bagi lah teddy bear besar gedabak ke, bagi lah tutti fruity ke, tak jalan jugak. Tapi bila belai-belai rambut dia sikit, cuit-cuit pipi dia sikit, terus senyum sampai ke telinga. Kalau dapat pasangan jenis ni, encik suami dan cik isteri tahu lah nanti macam mana nak pujuk pasangan masing-masing. Kalau manja, baguslah, bagilah si dia belaian kelembutan kasih sayang, kalau gedik sangat, err.. belaian di pipi (penampar)kot. LOL.

~~~

Berbalik kepada persoalan kenapa ramai gagal bercinta, jawapannya ialah bukan si pencinta tak faham apa itu cinta, tapi si pencinta tak faham dan tak tahu macam mana nak berkomunikasi dengan si dia yang di cinta. Maka, kenali cinta anda. *Ada banyak ‘test’ untuk tahu korang atau pasangan korang jatuh kategori mana. sebagai pelajar kelas kaunseling , aku dah cuba. Yeah.

Pesanan untuk diri dan semua, berpijak di atas bumi yang nyata, teori tetap teori. Teori mungkin manusia cipta, tapi manusia dan cinta DIA juga lah yang mencipta.

p/s: Teori ini tidak teraplikasi untuk hal ehwal cinta semata-mata. Entry ‘kenapa ramai gagal bercinta?’ ini adalah tajuk assignment kelas kaunseling aku yang TAK siap lagi sebenarnya. Damn!

Thursday, November 17, 2011

Monday, October 24, 2011

Kita juga menuju ke sana...


Dunia kecoh dengan pembongkaran terbaru berkenaan video yang menyayat hati setiap manusia yang punyai sifat insani, jiwa dan perasaan. Seorang bayi telah dibiarkan mati setelah dilenyek sebanyak dua kali dan tiada sesiapa yang peduli untuk membantu bayi itu sehinggalah seorang pemungut sampah membantu, namun tidak sempat untuk berbuat apa-apa akhirnya.

Sepanjang video tersebut, 18 orang telah dapat dilihat berulang alik memerhati bayi tersebut, namun tiada usaha untuk membantu. Dan apabila ditanya seorang dari 18 orang yang didapati dalam video tersebut kenapa tidak membantu, dijawabnya;

‘Dia bukan anak aku, kenapa perlu aku bantu?’

Dan apabila pemandu van yang melanggar budak perempuan tersebut menyerahkan diri disoal kenapa tidak membantu, maka dijawabnya;

‘Kalau dia mati, saya hanya perlu membayar dalam Yuan 20,000 sahaja, tapi kalau saya membantunya, mungkin saya terpaksa menanggung ratusan ribu Yuan sehingga dia pulih...’

Dari mana punca masalah ini? Dari mana akarnya sehingga manusia tidak lagi mampu untuk mempunyai sifat insani dan manusiawi sehingga lahir manusia-manusia seperti diatas?

Jawapannya mudah, pandangan alam (worldview) sesuatu masyarakat dan individu.

Lijia Zhang, seorang penulis apabila menulis berkenaan isu diatas, menukilkan asbab utama kelahiran satu spesis manusia yang tidak berperikemanusiaan seperti diatas: pandangan alam dan pemikiran yang disebut sebagai

SHAOGUANXIANSHI, yang bermaksud jangan masuk campur jikalau itu bukan hal kamu...

Fei Xiaotong, seorang sosiologis berbangsa Cina apabila diminta untuk memberi diskripsi berkenaan orang Cina menulis, didalam bukunya bertajuk From the Soil [1992, From the Soil: the Chinese Societies, the Regents of University of California], bahawa sifat penting diri itu merupakan kekurangan dan masalah utama bagi bangsa Cina itu. Dinukilkan,

‘When we think of selfishness, we think of the proverb, ‘Each persons should sweep the snow from his own doorstep and should not fret about the frost on his neighbour’s roof..’

Lijia Zhang, nukilkan lagi pengalaman beliau semasa dibawah pemerintahan Mao, yang mana mewajibkan setiap warganegara pada bulan Mac untuk melakukan kerja amal untuk menghapuskan apa yang dipanggil sebagai shaoguanxianshi itu. Namun, setelah kejatuhan Mao, dan pemerintah China mula membuka pintunya pada dunia, kekosongan jiwa dan pandangan alam didalam masyarakat China yang setelah hampir sepuluh tahun diindoktrinasi dengan pandangan komunis Revolusi Budaya yang mana menentang segala adat dan adab tradisi bangsa Cina dan agama-agama di China telah digantikan dengan sifat tamak haloba, sifat pentingkan diri, dan sifat lebih mengutamakan untung sendiri dari hal yang lain.

Apa yang berlaku di China tak mustahil berlaku di negara kita, tanah air kita dan pada bangsa kita sendiri. Apabila agama dibuang, segala adat dan adab Melayu yang dipegang sebagai pandangan alam bangsa Melayu diketepikan dek kerana atas nama kemajuan.Dan perkara ini sudah dapat dilihat sikit demi sedikit pada bangsa kita, pada jiran kita, dan pada diri kita sendiri, walau bagaimana cara sekalipun untuk kita nafikan.

Dan perkara ini juga tidak mustahil akan berlaku jika anak-anak kecil bangsa kita jika tidak dididik dengan pandangan alam yang sepatutnya. Segala pantun, syair dan hikayat dibuang, sedangkan itulah norma dan undang-undang tidak bertulis bangsa kita yang telah kita lupakan. Segala nasihat, segala pengalaman dan nilai moral yang ditanam pada bangsa kita hingga mampu untuk mengekalkan jati diri walaupun dijajah lebih dari 500 tahun.

Kita lupa jati diri kita sendiri. Akhirnya, wujudnya kelompongan sepertimana yang telah berlaku di Tanah Besar China yang kosong jiwanya setelah diindoktrinasi semasa Revolusi Kebudayaan Mao, dan sebaliknya berpaksikan nilai moral itu pada wang ringgit, dan kekayaan.

Samada kita mahu percaya atau tidak, mahu menafikan atau tidak, kita sedang menuju dunia seperti mana yang telah terjadi di Negara China...


Thursday, October 20, 2011

HIMPUN. satu pandangan.




Bismillah walhamdulillah.

22 Oktober, seluruh umat Islam diseru untuk menghadirkan diri ke Stadium Shah Alam untuk menyuarakan bantahan terhadap peningkatan kes2 murtad yang dilaporkan di Malaysia. Keengganan PAS untuk tidak menyatakan sokongan dilihat sedikit sebanyak menempangkan gerak langkah gabungan NGO ini. Walaupun masih lagi dinaungi oleh NGO2 yang lain, namun kegagalan menarik PAS turut sama terlibat dalam HIMPUN ini dilihat bakal memberikan impak yang bukan kecil.

Mengapa HIMPUN? Agaknya, apa perasaan kita, selaku orang Islam, tatkala penganut Buddha beramai2 berkumpul menyatakan kebimbangan mereka apabila 'murtad'nya penganut Buddha dengan kembali kepada Islam? Apa jeritan hati kecil kita, tatkala para pendokong Hindu, menyuarakan bantahan dengan berkumpul beramai2, mencela penganutnya yang menganut Islam? Soalnya, mana sensitiviti kita terhadap konsep keharmonian agama yang selama ini kita junjung bersama?

Harus diingat, kita sepatutnya gusar, seandainya golongan yang hadir ke HIMPUN hanyalah mereka2 yang sudah sebati dengan Islam sekaligus meninggalkan puak2 yang masih hanyut, jauh di belakang. Target mad'u yang dilihat terlalu terbuka seperti ini dilihat menyukarkan perkembangan dakwah yang sepatutnya menjadi titik permulaan bagi membasmi gejala murtad yang kian membarah di bumi ini. Sasaran utama kita haruslah mereka yang masih tidak sedar gejala murtad yang merebak dalam diam, namun, akan datangkah golongan sebegitu dalam perhimpunan seumpama ini?

Usah menuding jari kepada agama lain. Lihat sendiri, apa yang orang Islam laksanakan untuk menyuburi hati2 orang Islam? Sebenarnya, di mana kita dalam menangani isu murtad? Berapa banyak bajet dalam belanjawan diperuntukkan untuk menangani gejala sosial dalam kalangan anak muda? Berapa program realiti yang menjarakkan manusia dengan nilai2 Islami dihentikan? Berapa konsert2 hiburan yang berjaya dibatalkan? Sejauhmana dakwah Islam benar2 konsisten menyirami hati2 gersang warga Islam di Malaysia? Berapa banyak gerakan dakwah dijana pada peringkat kerajaan? Cukupkah dengan sekadar penganjur Musabaqah AlQuran saban tahun? Dan, benarkah kita percaya, dengan HIMPUN, barah murtad bakal sembuh? Berapa ramai non-muslim akan kembali pada fitrah mereka, yakni Islam? Berapa ramai pula orang Islam yang sudah murtad akan insaf, dan bertaubat dengan pulang ke pangkuan Islam?

Saya berpendapat idea HIMPUN, adalah cukup baik. Namun, saya bimbang seandainya dengan HIMPUN, persepsi non-muslim terhadap muslim akan lebih buruk. Mungkin jurang antara agama akan wujud dengan lebih besar selepas ini. Dan secara langsung akan memberi kesan kepada usaha dakwah di bumi Malaysia. Pandangan saya, HIMPUN hanya satu cara, dan kita masih punya beraneka alternatif lain bagi menangani gejala murtad seperti ini. Jangan semakin bezakan kita dengan mereka, jika tidak bagaimana mereka akan menuruti kita? Jadi, saya mohon tampil berbeza.

mohamad izzat ghazali.
universiti islam antarabangsa malaysia.

Monday, October 17, 2011

The Beauty and The Beast

Pertama sekali,aku nak mintak maaf bagi pihak semua penulis kerana sangat lama tak berupdate.Walaupun aku rasa blog ni tak ramai orang baca,tapi permohonan maaf ini tetap perlu.Ketahuilah,kami semua sangat sibuk dengan hal-hal duniawi.(konon).

Ok.Beauty and the beast.Dalam bahasa kebangsaan, awek superb tapi balak sampah.Sampah dan superb di sini adalah dalam erti kata rupa luaran.Mungkin dah banyak post pasal ni,but still,aku rasa nak post jugak.



Dulu zaman aku muda-muda,serius aku sangat tak puas hati dan berasa cilakak dengan mamat-mamat yang kurang kacak,tapi awek beliau boleh jadi model.Awek putih gebu,body mantap, tapi balak muka pecah rumah.Serius wei,sakit hati kot tengok.Bila sakit hati,maka otak akan cuba mencari alasan2 untuk menyejukkan balik hati.Antara alasan untuk menyejukkan hati2 mamat2 desperate yang berasa cilakak tengok couple camni-

1- 1st mesti la dalam otak pikir,ni mesti kes balak poket kembung,anak tokey balak,keta BMW,rumah 4 tingkat kat Bukit Tunku.Dan si gadis tersebut mesti lah jenis mengikis.Ini adalah antara pandangan sinis tipikal dan sangat common.


 Tapi kadang2,memang betul weh.Aku penah kenal sorang awek ni.Balak dia budak U,dan standard budak2 U 1st sem ada moto ja.Then ada la sorang mamat berkereta mazda 3 datang tekel.Terus ditinggalkan balak lama dia.Shit gila.Syahdu weh kalau jadi mamat tu.(cerita benar yang diolah)

2- Dorang memang dah kapel dari zaman sebelum mumayyiz lagi.Ya la kan,time tu mamat tu mungkin masih jambu,awek tu pun body tak nampak apa lagi.Yang ni aku respect.Ini namanya setia.Susah wei nak cari awek yang setia skarang ni.Sapa yang dah penah kena,tau la peritnya bila diri dicurangi.Uhuks.

 Sweetnyeeee.hihihik


3-Banyak lagi aku nak tulis sebenarnya.Tapi cam panjang sangat.Aku bukan macam Aryamehr,aku faham orang malas nak baca post panjang2 haha.Ok terus kepada benda yang aku sebenarnya nak cakap dalam post ni.Kita balik kepada Islam la kan.

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki keji adalah untuk wanita-wanita yang keji, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik.” 
(Surah An-Nur : 26)

So,tak kisah lah awek tu lawa ka,balak dia muka shrek ka,yang penting hati jugak.Kalau dah sama-sama baik,bagus lah.Nak buat tak puas hati apa lagi kan.Ada penah jumpa kapel yang dating,si awek pakai cleavage je,dan balak dia pakai serban?susah beb.So kalau awek tu prangai cam sial,balak pun selalunya sial jugak. 
4- Ok last point.Kepada mamat-mamat yang berperasaan cilakak tengok lelaki tak kacak dapat awek superb,sila sematkan point ini dalam hati masing-masing.Percayalah,kalau lelaki tersebut dapat awek superb,kita jugak berpeluang dapat awek superb jugak.Lebih superb lagi mungkin.

"Jangan kau dambakan wanita secantik Zulaikha,jika kamu tidak setampan Yusuf.Jangan kau damba wanita setulus Fatimah,jika imanmu tidak sekuat iman Ali.Jangan kau mimpi wanita semulia Khadijah,jika dirimu tidak mencontohi Rasulullah s.a.w"

yang ni paling legend.



p/s:aku nak tekel Neelofa.Serius.






Thursday, September 29, 2011

Wordless Wednesday #4

Wednesday la sangat.


p/s:maaf dah sangat lama tak terupdate.

Wednesday, September 14, 2011

Sejarah Ohh Sejarah....

Sejarah dicatat dan ditulis oleh Sang Juara. Dan Sang Juara pastinya akan melantik dirinya menjadi Hakim, menghakimi setiap tindak tanduk kelakuan Si Tewas. Buruk dan baik terletak pada penghakiman dan budi bicara Sang Juara, manakala Si Tewas hanya mampu duduk di kandang pesalah diam tanpa mampu bersuara.

Itu lah sejarah. Tiada siapa yang mampu menafikan. Dan mengambil kata seorang Professor Sejarah Geoffrey Barraclough, yang sejarah itu bukanlah fakta yang sebenarnya, tapi hanyalah satu penghakiman yang telah ditetapkan. Siapa yang menetapkan? Sudah tentunya Sang Juara!

Pada mulanya penghikayat tidak mahu mengambil runsing berkenaan isu Mat Sabu dan Komunisme yang heboh serata bumi Malaysia ini dan akhir-akhir ini berkenaan penjajahan British terhadap Tanah Melayu. Menyambut Syawal lagi afdhal dari melayan kerenah politik yang tak berhabisan. Tapi nampaknya isu yang mudah sudah menjadi isu besar. Dan lebih memeritkan bila ada komen-komen yang menyakitkan dan mengundang perasaan tidak senang, baik pada bekas polis mahupun pejuang kemerdekaan.

Pertamanya, menuding jari mengatakan mana-mana pihak sebagai buta sejarah adalah tindakan keterlaluan. Sejarah tidak lebih dari satu pandangan dan tafsiran. Manakala setiap individu mahupun golongan akan mentafsirkan setiap perkara itu berdasarkan pandangan alam dan tahap kecenderungan masing-masing. Seorang budayawan akan mentafsirkan sesuatu kejadian mengikut pandangan seorang budayawan, dan lebih mengutamakan impak dan kesan pada budaya hasil dari kejadian yang terjadi. Begitu juga adanya pada tafsiran dan pandangan seorang ahli dalam ilmu sosiologi, sejarah dan seorang politikus. Semuanya berpandukan pada tahap pandangan alam, ketinggian ilmu dan kecenderungan seseorang itu.

Isu Mat Indera, samada beliau merupakan seorang pejuang atau tidak, ramai yang sudah sedia maklum akan kedudukan dan peranan beliau sebenar sebelum tragedi Bukit Kepong. Kisah Rejimen ke-10 PKM yang berpusat di Pahang juga tidak perlu untuk diulang kembali dan ramainya sudah maklum akan tujuan dan asas kewujudan Rejimen 10 PKM yang terdiri daripada pejuang kiri Melayu, yang berbangsa Melayu dan berugama Islam.

Mengambil kata penulis Haji Buyong Adil didalam bukunya Sejarah Pahang, masuknya mereka didalam PKM adalah untuk memperjuangkan kemerdekaan daripada British.

“Jika hendak memburu harimau, mestilah ada anjing pemburu yang garang..” – Haji Buyong Adil, Sejarah Pahang, halaman 433 .

Dek kerana kelengkapan persenjataan yang mencukupi, hasil ‘ehsan’ British kepada PKM, maka pejuang kemerdekaan kiri ini menjalinkan hubungan dengan PKM dengan satu matlamat yang pasti, merdeka dengan apa jua cara. Maka itu, tertubuhlah Askar Melayu ke-10 (Harry Miller, The Communist Manace in Malaya, halaman 91.) Yang pasti, mereka bukan pendokong idea Komunisme mahupun simpati pada perjuangan Komunis.

Tak perlu dipertikaikan akan semangat perjuangan kemerdekaan yang mereka miliki, dan ini termasuklah Mat Indera. Jawa Ponogoro, masyarakat Jawa yang mendiami Sri Medan yang menjadi tempat kediaman Mat Indera juga mengiktiraf akan keperwiraan dan kepahlawanan Mat Indera. (Rujukan)

Namun, mengambil hujah yang diutarakan oleh Professor Emeritus Khoo Khay Kim, Sejarah perlu dibaca bukan sahaja apa telah terjadi tapi apa yang akan terjadi. Didalam mentafsirkan siapa pejuang, siapa penderhaka, makanya apa yang akan terjadi juga perlu diambil kira.

Metod dan pendekatan yang diambil oleh para perwira Rejimen ke-10 PKM yang asalnya pejuang kemerdekaan untuk bersekongkol dengan PKM juga perlu diberi perhatian. Adakah dengan bersekongkol dengan PKM mampu menubuhkan negara seperti yang diinginkan? Atau akhirnya akan wujud negara komunis seperti di China, Vietnam dan Korea Utara? Adakah dengan terhutang budi dengan pejuang kiri kemerdekaan ini akan menyebabkan PKM berkompromi dengan idealisme komunisme seperti mana tujuan dan matlamat asal perjuangan PKM? Itu yang perlu dijawab oleh sekelian kita. Untuk itu, penghikayat bersetuju dengan penulisan Dr Farish Noor didalam nota halaman Facebooknya untuk menjawab soalan berkenaan dengan Mat Indera. (rujukan: disini)

Namun, perjuangan Melayu Kiri ini tidak perlu dipertikaikan dan ditolak. Mereka sememangnya berjuang untuk kemerdekaan negara ini. Dan satu fitnah yang paling besar apabila ada diantara mereka yang cuba untuk meletakkan mereka sebagai komunis yang menanggap agama itu sebagai madat, dan menolak Islam kerana terbukti bahawa perjuangan mereka berpaksi pada Agama, Bangsa dan Negara.

Namun begitu, adalah satu penghinaan yang nyata apabila pihak yang ekstrem dan taksub pada parti pembangkang yang cuba melabelkan para anggota polis yang terkorban di Bukit Kepong tidak lain sebagai anjing British. Dan mereka cuba mengaitkan dengan polis Melayu, Mat Hassan yang membunuh Tok Janggut dengan polis di Bukit Kepong. Untuk ini, penghikayat mohon untuk berbeza.

Didalam hal ini, penghikayat mengambil pendirian yang tidak seharusnya kita melabelkan satu pihak sebagai pejuang dan secara automatiknya pihak berlawanan sebagai pembelot. Masing-masing dengan tafsiran dan cara perjuangan yang berbeza. Satu pihak merasakan perjuangan itu perlu dengan darah, dan satu pihak lagi merasakan menjaga keamanan dan kestabilan itu jauh lagi penting dari apa-apa juga. Dan pada hakikatnya, mereka merasakan bahawa perjuangan yang mereka perjuangkan itu adalah untuk kemerdekaan dan kesejahteraan agama, bangsa dan negara.

Sepertimana pendirian ulama didalam perihal fitnah yang berlaku antara Muawiyah dan Saidina Ali r.a, begitulah halnya dengan mengangkat siapakah pejuang yang sebenarnya didalam hal Mat Indera dan Polis Bukit Kepong. Masing-masing punya cara dan tafsiran yang berbeza tentang makna perjuangan tersebut.

Tidak salah untuk mengetahui perkara yang sebenar, asalkan dengan beradab dan bukannya dengan maki hamun. Menuduh Mat Indera sebagai Komunis mahupun menghina Polis Bukit Kepong sebagai talibarut dan anjing British amat tidak patut, lagi-lagi sebangsa dan seagama dengan kita!

Berkenaan dengan kemerdekaan Tanah Melayu ini, merujuk pada polemik terbaru berkenaan dengan sejarah Malaysia ini.

Prof Zainal Kling mengeluarkan kenyataan bahawa Tanah Melayu ini tidak pernah dijajah oleh British, tetapi hanya dinaungi. Dan ramai yang mengeluarkan kenyataan membantah kenyataan Prof dengan bermacam kenyataan, termasuk la sekali lagi dengan cacian dan makian.

Dipendekkan cerita, siapa yang belajar sejarah pastinya akan bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Prof Zainal Kling. Bahawanya Tanah Melayu ini kecuali Pulau Pinang, Melaka dan Singapura merupakan Negeri Naungan British, dan bukannya Jajahan British.

Dan pendapat penghikayat tidak ubah seperti pendirian yang telah diambil oleh Dr Farish Noor sekali lagi didalam penulisannya yang memberikan contoh Perjanjian antara Sultan Pahang I dengan British. (Rujukan: Disini)

Namun, pada pemerhatian penghikayat, kenyataan yang dikeluarkan oleh Prof Zainal Kling itu telah disalahtafsirkan dan mungkin tidak dapat diterima dek akal oleh sekelian yang tidak belajar sejarah. Kenyataan Prof bukanlah hendak menidakkan penjajahan British terhadap Tanah Melayu, tetapi sekadar menceritakan fakta yang sebenarnya, fakta yang tidak diketahui oleh ramai orang. Kenyataan Prof itu lebih menceritakan dari sudut dan konteks perundangan dan bersifat teknikal, yang tidak diketahui oleh ramai orang dan bukannya menidakkan fakta sejarah bahawa British menjajah Tanah Melayu dan Negeri-Negeri Melayu dengan cara Perjanjian dan sistem Residen.

Kenyataan Prof Zainal Kling hendaklah dibaca secara luas, berbentuk akademik dan teori, serta kenyataan itu hendaklah dibaca seterusnya. Bukannya dengan memotong kenyataan tersebut dan terus mengadili Prof dan menghukum. Dan perlu kita lihat pada akhirnya, kenyataan yang mungkin tidak diambil runsing oleh sekelian mereka yang menghukum, yakni apabila Prof mengulangi;

kesan pentadbiran British itu merupakan satu bentuk penjajahan

Jelas, kenyataan Prof Zainal Kling sebenarnya tidak ada membezakan antara beliau dan sejarawan yang lain, bahawa British memerintah Tanah Melayu ini secara de factor, disebalik batang tubuh Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan tidak pernah menyatakan bahawa sepertimana yang dipahamkan oleh ramai orang.

Makanya, tindakan sesetengah yang menidakkan kecedikia Profesor Zainal Kling adalah mereka yang langsung menghukum tanpa melihat secara menyeluruh kenyataan Profesor Zainal Kling berikut. Mereka yang menghina Profesor Zainal Kling dengan bermacam jenis penghinaan hendaklah memohon maaf kepada Prof secara sendirinya. Paling mengecewakan, apabila sebuah parti politik juga melakukan kesilapan yang sama, yang secara tidak langsung menampakkan kedangkalan dan kelemahan mereka.

Sekian pendapat Hamba, dalam ‘ringkasan.’

Monday, September 12, 2011

Picisan!!

*sumpah aku xnak update. tp admin paksa aku*

Bismillah walhamdulillah.

hidup sbgai aku ni kadang2 bleh bwk bernanah kepala jgk.
dduk kt umah. wyarless laju. masa pn byk. tp xd update jgk kn?
hehe. xd cerita maaa. lagipun. xnak bazirkn masa kt rumah dgn buat n3.
valid reason x agak2..?
lantaklah eh. hahaha.

disebabkan byk isu aku dh drop. so, aku compile dlm satu n3 j lh kn? he.

*ini adalah aktiviti paling layaaaaan di bulan pose*

1) Ramadhan budak2 sekarang dah x 'pergi' mcm zaman2 aku.
aku xtaw org2 skrg ni rasa ke tak. tp serius. xd feel lgsong nk celebrate raya.
zaman2 aku dlu. mlm2 ramadhan. g carik duit kt masjid2.
jd tukang hidang moreh. buat2 air. cuci2 cawan, pinggan.
zaman2 skrg. mlm2 bgtw mak nk g terawih. pdhal lepak kt kedai.
siap kontek mmber2 lg, "wei, jgn jd anak dara lh dduk kt rumah".
zaman2 aku dlu. ptg2 ramadhan. msti gi riki2 bazaar. bwk adik letak kt tman.
g jupe masy kt pasar. xd bli sgt pn. dlm sejam, bleh r angkat air tebu singgit.
zaman2 skrg. ad 2 option available. klu hujan tido. klu xhujan, gi meronda dgn mmber2.
pusing2 xkan jd lengkap klu x usha awek kampug. reserve 5 minit last, balik. bukak pose.
alangkah boring-nye hidup begitu.

*ni tok sedare saya ni*

2) Aidilfitri ; kita berada di zaman berbeza.
zaman kecik2, dgn 2-3 sepupu2. msti aku tawaf kampung. baru cara kn?
sbb 2 duit raya akn berkadar terus dgn hipotesis, sapa usaha lbih, dia dpt lbih.
tp adik2 aku skrg. hipotesis yg digunakn adlh, jika mak abah jalan raya, maka duit raya akn bertambah. sgt lh x maju cara ini.
mula-lah duit raya adik beradik berbeza singgit2 je. come on. klu setakat dpt 1oo lbih 2. sila gi masuk toilet. dduk. n nangis2 puas. bro dlu 300 dlm tangan taw.
klu x jupe umah yg tanya, 'errr, adik ni anak sape eh?'.. lagi tu jangan balik beraya.

*org2 owesem. adik badik abah*

3) Himpunan Bani Sulaiman.
ini adlh sgt stylo. usaha drp abah ni, aku boleh salute 2-3 kali jgk-lh.
drp ayat2-yg-mcm-maen2 smp bleh gather 200-300 org. mane x owesem nye kan?
Bani Sulaiman ni adlh himpunan kluarga2 belah abah. and aku akur dgn fact yg, hanya abah yg xd menantu lg. sbg anak sulung. aku akn brusaha keras. angah pun, sila take note! :) *both*
sgt ramai, sgt happening. smp xleh nak handle. smp berdarah kepala.
ni link group page kt fb --> Bani Sulaiman ni link kt blogspot --> klik sini
muka2 yg xkenal 2 mmg melambak lh. usaha yg bleh bg tepuk tangan.
so selaku org2 muda dlm Bani Sulaiman, mari-lh kita mnjadi maju dlm bidang ukhwah ini ya!
jgn harap kt org tua2 je sgt. hehe.

4) 9 beradik berkumpul. sekali dlm setahun.
this is the most hated fact. that i have to accept. xleh ubah!
bila semua org dh makin besar. masing2 dh bertebaran. ini fitrah yg harus aku tempuh.
nak ke tak. then, bila dh ada komitmen nanti. lagi lh jauh jarak kita kn? gap yg xleh elak.
kita tahu dia ada. tp sebab dia jauh. kita jd lupa. yg dia sebenarnya sllu ada.
i hope we'll keep doing this. forever ila' jannah lh eh.

5) balik paling awal. dan pergi paling lambat.
UIA cuti awal. angah tengah praktikal. ateh acik sekolah lg.
lepas habis part-time, aku balik sorg2. keseorangan di rumah, adalah tidak bagus. :)
so saya tertunggu 9 legend ni gather lagi. tp, x sempat lg sy puas, dlm keadaan x rela.
angah-ateh-acik-alang kne pergi dah :( dan. sy ditinggalkn dgn penuh terpaksa.

*model2 terbaru yg mndapat kontrak Habib Jewel*

6) dan. saya keseorangan lagi kat sini.
pagi tadi sampai. pemisahan utk perjalan seharian biasa saya.
dah xd suara adik menjerit, "along, bangon!"
dah xd kelas pra-sekolah utk amik adik, tanya dia, belaja apa tadi.
dah xd beg budak kembar, utk aku angkat, dan suruh berlari lintas jalan.
dah xd org nk main angry bird kt ASUS, or berebut nak tgok boboiboy-upinipin.
dah xd budak2 nk main hnset, so, dh xyah lock bagai (walaupn diorg reti jgk bkak).
dan semestinya segalanya pasal abah dan mak.
tp xplah. ad komitmen yg mesti dilaksana. kan? jgn risau-lh. kan Allah ada, sbaik2 penjaga? :)

may Allah bless. wallahua'lam.

Sunday, September 04, 2011

# Melayu + Raya =


Melayu + raya = ???

~Salam dunia, salam semua, salam hari raya..~

sobsob (T_T) , nangis2 dengar lagu raya sifu m.nasir pagi2 raya kan.. apa2 pon, selamat hari raya maaf zahir batin semua, dari saya budak melayu :)

So, Macam mana raya korang? Suke? Seronok? Aku tau dah, korang budak2 melayu kalau raya memang tak ingat dunia lah kan? Kan? Sudahlah... sebagai budak melayu, yang membesar diperkampungan orang melayu, serta dikelilingi rakan2 melayu, aku tau melayu beraya macam mana, dan aku tau raya melayu macam mana.. aku rase lebih kurang sama je setiap tahun benda yang melayu ni buat kan bila raya, entahlah,, dah macam adat kot.. eh, ke aku je rasa macam tu? :p

Melayu dan raya... bila mula2 hujung2 puasa, dengan bahang raya lagi terasa dari bahang lailatul qadar, bermakna raya dah tiba, dah tiba masanya untuk melayu bersiap untuk beraya. :p macam mana raya versi melayu eh? err..macam ni kan? :D

Melayu jumpa raya:-

#1 shopping

Shopping, window shopping, shopping dan shopping, agaknya, hari raya bermaksud kita mestilah beraya dengan memakai baju raya. Rasanya, semua baju baru yang dibeli untuk dipakai waktu raya ialah baju raya. Kan? Kalau wanita melayu tu jangan cakap lah kan, kalau tak 3-4 pasang bju kurung tu x sah, xmasuk lagi baju2 lain. :p

#2 mercun

Boomm boomm booomm.. ya, mercun tu bahaya. Jangan main mercun tau. Tapi kan, makin dilarang, memang tu lah yang orang buat. Lagi2 melayu kan pantang dicabar? :p melayu dan raya tanpa mercun ibarat.. ibarat.. haih.. cube bayangkan dengan bunyi yang mengujakan serta warna warni letupan mercun yang menghiasi langit.. wah, xmeriah raya tanpa mercun.. lagi-lagi macam mercun klcc 49 das tu. kan? :p

#3 ketupat, rendang dan lemang

Raya melayu tanpa ketupat, rendang , dan lemang.. hm, bukan raya namanya. X wajib pon, tapi dah macam kewajipan untuk melayu beraya dengan kategori makanan raya tu. Kan? Alah.. aku tau bukan korang pandang sangat kuih muih dalam balang tu kan time beraya rumah orang. Makan, makan, dan makan. Maka hari raya juga sebenarnya ialah hari menambah berat badan. Hari bahagia untuk orang-orang yang suka makan. Kan? Ke aku je macam tu? :p

#4 duit raya

budak- budak sememangnya innocent, atau lebih tepat dianggap innocent. Senang2 je dapat duit raya kan. Salam hulur tangan je, xpayah nak minta maaf semua, confirm dapat duit raya. Innocent lar sangat.. Padahal x pon. Sebab aku pernah jadi budak-budak, maka aku tau sebagai seorang budak-budak, budak-budak dengan akal budak-budak sendiri sanggup keliling kampung beraya rumah orang yang x kenal semata-mata untuk mengumpul koleksi duit raya sendiri. Innocent ke? Huh, Ok fine, sebenarnya aku jealous apasal susah sangat nak dapat duit raya dah besar2 panjang ni. Suramnya raya tanpa duit raya kan? :p

5# maaf zahir batin

Dengan dosa- dosa yang berbakul-bakul, berguni-guni, berlori-lori, beribu-ribu lemon, hari raya ialah hari terbaik, tersenang, termudah, tersyahdu, terusik hati dan pelbagai ter lagi untuk minta maaf. Kan? Lagi-lagi dengan mak ayah, boleh tangkap leleh time minta maaf tu. Dengan Kawan- kawan, berjaya minta maaf adalah perkara biasa, tapi yang minta halal hutang tu kalo termakbul agak luar biasa lah. Lepas habis raya, buat dosa lagi, kumpul lagi dosa untuk berbakul-bakul untuk raya akan datang. Kan? :p

Huh, kalau nak diikutkan memang bersepah lagi pasal melayu dan raya ni. Walau apa jua pengertiannya, raya versi melayu tetap sesuatu yang menggembirakan. waktu ni lah yang jauh jadi dekat, yang dekat jadi rapat, yang rapat jadi ketat. :) selamat hari raya maaf zahir dan batin.

~Inilah hari kita, tiada lagi rasa ketakutan..~ (masih lagi lagu sifu m.nasir :p )

Wednesday, August 24, 2011

Nyawa dan Maruah

Gambar sebenar OKT, diambil oleh Bos Hamba (Ya, Bos Hamba juga seorang jurugambar! Disini.)

Untuk pembacaan orang awam dan bukan untuk pelajar undang-undang mahupun pengamal undang-undang

Minggu terakhir Ramadhan dan hendak masuknya Syawal ini, sedang orang lainnya sibuk dengan sambutan raya pada minggu depan, Hamba pula menghadap kes terakhir sebelum tamat tempoh ‘bertugas’ di firma guaman disini. Kes yang sejak dari awal minggu pertama masuk ke sini hinggalah menjadi kes terakhir bekerja disini.

Beberapa kali berjumpa dengan Orang Kena Tuduh (OKT) sebelum perbicaraan menyebabkan penghikayat agak rapat dengan OKT dan setiap kali berjumpa dengannya, dia tidak pernah sekalipun lekang dari Alhamdulillah, Allahuakbar, dan mulut yang sentiasa kumat kamit yang pada hemat penghikayat mungkin zikir-zikir memuji Tuhan.

OKT dihadapkan ke mahkamah dan dituduh atas tuduhan membunuh ibunya sendiri. OKT telah membunuh dengan menggunakan kapak besi dan menetak maknya sendiri di kepala sehingga menyebabkan satu tetakan yang begitu dalam dan menyebabkan hampir kepala mangsa terputus dan otak mangsa terbelah. OKT ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan mengenai pembunuhan maknya sendiri.

Kalau dilihat secara kasar, mudah saja hisabnya bukan? Pembunuh harus dijatuhkan hukuman atas kesalahannya. Lebih-lebih lagi bila OKT sanggup membunuh ibunya sendiri. Manusia jenis apa yang sanggup membunuh dengan cara yang sebegitu kejam pada ibunya sendiri?! Memang layak dan patut dihukum mati!

Dan peguam yang mewakili OKT tidak lebih dari seorang peguam yang gilakan duit! Yang sanggup mewakili seorang penjenayah yang begitu sadis dan tidak berperi kemanusiaan membunuh ibunya sendiri. Peguam ini juga seharusnya dihukum!

Keadilan bukan seperti ilmu hisab. Satu ditambah satu secara wajibnya menjadi dua. Jika sesiapa yang mengatakan sebaliknya, maka gila lah dia. Tetapi undang-undang jauh dari itu. Kerana saksama itu tidaklah selalu membawa makna adil, tapi adil itu yang akan sentiasa saksama.

Antara saksi untuk pendakwaan ialah ayah dan adik OKT. Apabila si ayah disoal oleh pendakwaraya, jelas suara sedikit gementar. Ditanya lagi berkenaan apa yang telah dilakukan semasa kejadian, bagaimana dia menjumpai mayat isterinya yang ditetak oleh anaknya sendiri dan bagaimana keadaan OKT apabila saksi ini menjumpai OKT ini selepas kejadian. Suara yang mulanya gementar bertukar menjadi sedih dan saksi beberapa kali menangis dan terhenti-henti semasa disoal oleh pendakwaraya. Dan tangisan itu menjadi kuat dan mahkamah terpaksa berhenti selama 5 minit apabila saksi diminta untuk mengecam mayat arwah isterinya yang dibedah siasat. Siapa pun akan menangis sebenarnya apabila melihat orang yang tersayang dibedah dan segala organ dibawa keluar untuk pemeriksaan.

Tapi satu yang pasti. Si ayah tidak pernah menyangka OKT akan berkelakuan sedemikian. Menurut saksi, OKT sepanjang hayatnya tidak pernah berkelakuan aneh dan sentiasa mengikut kehendak ayah dan ibunya. Malah, tidak pernah dia meninggi suara sepanjang hayatnya bukan saja dengan ayahnya, tetapi dengan adik-adik OKT. Namun setelah OKT pergi belajar dan berguru dengan seorang ‘sheikh’ untuk menuntut ilmu dalam, OKT berubah. Dari seorang periang menjadi pendiam, dan pemenung. Bercakap seorang dengan meyakini sheikh dari alam satu lagi datang untuk mengajarnya ilmu hikam.

Dan semasa kejadian, saksi berada didalam rumah sedang menonton tv dan isterinya (mangsa) pula diluar untuk menyidai pakaian. Kemudian saksi mengatakan yang dia mendengar seperti ada satu benda jatuh diluar. Kemudian mendengar suara mangsa, ‘Cik, jangan buat mak macam ini!’. Kemudian saksi mendengar satu hentakan kuat diluar rumah dan mendengar suara OKT bertakbir,

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Saksi nombor 5, adik kepada OKT pula memberi keterangan yang konsisten dengan keterangan dari saksi nombor 3, iaitu ayahnya. Si adik berada di dapur ketika kejadian dan hanya mendengar suara ibunya dan abangnya yang melaungkan takbir. Apabila keluar dari rumah, dilihat ibunya sudah terbaring di lantai dengan darah penuh di simen. Kepala ibunya hampir-hampir terputus kerana hentakan dari alat tajam yang berat.

Si adik juga memberikan keterangan dalam keadaan menangis. Sayu apabila diberitahunya kepada mahkamah apabila pendakwaraya meminta dia untuk melakukan pengecaman terhadap OKT. Sekali lagi, mahkamah terpaksa berhenti buat sementara. Saksi juga memberitahu kepada mahkamah walaupun saksi jarang pulang ke rumah kerana belajar, dia dapat merasakan perubahan pada OKT. Tidak ada lagi teguran dan sapaan baik dari OKT, tetapi OKT berubah menjadi pendiam dan bermenung dan berkurung di dalam biliknya sahaja.

Dipendekkan cerita (kerana terdapat 15 orang saksi untuk pendakwaaan), Doktor dari Hospital Permai Johor memberi keterangan. Sepanjang OKT berada didalam pemerhatian pakar disana, terbukti OKT mempunyai halusinasi dan menghidap schizophrenia (rangkaian ke Wikipedia). Dia meyakini suara-suara halus yang telah memandu dia untuk mendapat ilmu tertinggi didalam ajarannya. Dan dia pada masa kejadian, telah mendapat ‘wahyu’ untuk membunuh ibunya yang dikatakan dirasuki dan dia perlu membunuh jin itu. Tetakan kapak itu tidak akan mencederakan ibunya, tapi hanya membunuh jin tersebut!

Esok merupakan penghakiman untuk OKT. Jika pada pendapat hakim adanya prima facie (ke Wikipedia), maka OKT akan membuat pembelaan. Dan saat itu tugas seorang peguambela memainkan peranan.

Peguam (terutama peguambela jenayah) yang selalunya dikaitkan dengan penipu, dan membela orang jahat akhirnya juga akan membela OKT yang pada hemat Hamba tidak bersalah. Iya, peguam yang selalu dipandang serong didalam masyarakat.

Kalau masyarakat memandang mulia profesion perubatan (tidak bermaksud merendah martabat doktor) kerana menyelamatkan nyawa manusia, percayalah tugas seorang peguam jauh lebih berat dari itu. Menyelamatkan nyawa orang dan yang paling penting, menyelamatkan maruah seseorang. Kerana jikalau seseorang itu tidak bersalah tetapi kerana kelemahan peguam itu, maka dihukumnya seseorang itu, dan ditakdirkan Allah matinya dihukum gantung, maka bukan dia sahaja yang terkesan dan terkena hukuman, malahan seluruh keluarganya. Masyarakat sampai bila-bila akan memandangnya sebagai pembunuh, dan keluarganya mungkin disisihkan dari masyarakat. Dan itulah seberat-berat hukuman.

Pandangan masyarat pada profesion kepeguaman ini tak mungkin dapat dihapuskan dengan penulisan picisan dari Hamba ini. Tapi mungkin mampu mendetikkan didalam diri kalian untuk memandang sekali lagi pandangan kalian pada kepeguaman.

Dan yang paling penting, tidak terus menghukum orang sewenang-wenangnya. Seseorang itu tidak bersalah hinggalah terbukti dirinya bersalah. OKT layak untuk menerima pengadilan yang seadilnya dan masyarakat tidak pula harus menghukum tanpa mengetahui sebabnya.

Ikhlasnya, Hamba merasakan OKT perlu diberi peluang. Hukuman terlalu berat untuk OKT. Jikalau bapanya dan adiknya, yang kehilangan isteri dan mak merasakan OKT tidak bersalah, siapa kita untuk mengatakan OKT bersalah?

Pendapat kalian? Patutkah OKT dikenakan hukuman untuk tindakan yang beliau sendiri tidak sedari?

Kita tunggu sahaja keputusan pada esok hari.


ATINTYA ARYAMEHR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...