Monday, October 17, 2011

The Beauty and The Beast

Pertama sekali,aku nak mintak maaf bagi pihak semua penulis kerana sangat lama tak berupdate.Walaupun aku rasa blog ni tak ramai orang baca,tapi permohonan maaf ini tetap perlu.Ketahuilah,kami semua sangat sibuk dengan hal-hal duniawi.(konon).

Ok.Beauty and the beast.Dalam bahasa kebangsaan, awek superb tapi balak sampah.Sampah dan superb di sini adalah dalam erti kata rupa luaran.Mungkin dah banyak post pasal ni,but still,aku rasa nak post jugak.



Dulu zaman aku muda-muda,serius aku sangat tak puas hati dan berasa cilakak dengan mamat-mamat yang kurang kacak,tapi awek beliau boleh jadi model.Awek putih gebu,body mantap, tapi balak muka pecah rumah.Serius wei,sakit hati kot tengok.Bila sakit hati,maka otak akan cuba mencari alasan2 untuk menyejukkan balik hati.Antara alasan untuk menyejukkan hati2 mamat2 desperate yang berasa cilakak tengok couple camni-

1- 1st mesti la dalam otak pikir,ni mesti kes balak poket kembung,anak tokey balak,keta BMW,rumah 4 tingkat kat Bukit Tunku.Dan si gadis tersebut mesti lah jenis mengikis.Ini adalah antara pandangan sinis tipikal dan sangat common.


 Tapi kadang2,memang betul weh.Aku penah kenal sorang awek ni.Balak dia budak U,dan standard budak2 U 1st sem ada moto ja.Then ada la sorang mamat berkereta mazda 3 datang tekel.Terus ditinggalkan balak lama dia.Shit gila.Syahdu weh kalau jadi mamat tu.(cerita benar yang diolah)

2- Dorang memang dah kapel dari zaman sebelum mumayyiz lagi.Ya la kan,time tu mamat tu mungkin masih jambu,awek tu pun body tak nampak apa lagi.Yang ni aku respect.Ini namanya setia.Susah wei nak cari awek yang setia skarang ni.Sapa yang dah penah kena,tau la peritnya bila diri dicurangi.Uhuks.

 Sweetnyeeee.hihihik


3-Banyak lagi aku nak tulis sebenarnya.Tapi cam panjang sangat.Aku bukan macam Aryamehr,aku faham orang malas nak baca post panjang2 haha.Ok terus kepada benda yang aku sebenarnya nak cakap dalam post ni.Kita balik kepada Islam la kan.

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki keji adalah untuk wanita-wanita yang keji, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik.” 
(Surah An-Nur : 26)

So,tak kisah lah awek tu lawa ka,balak dia muka shrek ka,yang penting hati jugak.Kalau dah sama-sama baik,bagus lah.Nak buat tak puas hati apa lagi kan.Ada penah jumpa kapel yang dating,si awek pakai cleavage je,dan balak dia pakai serban?susah beb.So kalau awek tu prangai cam sial,balak pun selalunya sial jugak. 
4- Ok last point.Kepada mamat-mamat yang berperasaan cilakak tengok lelaki tak kacak dapat awek superb,sila sematkan point ini dalam hati masing-masing.Percayalah,kalau lelaki tersebut dapat awek superb,kita jugak berpeluang dapat awek superb jugak.Lebih superb lagi mungkin.

"Jangan kau dambakan wanita secantik Zulaikha,jika kamu tidak setampan Yusuf.Jangan kau damba wanita setulus Fatimah,jika imanmu tidak sekuat iman Ali.Jangan kau mimpi wanita semulia Khadijah,jika dirimu tidak mencontohi Rasulullah s.a.w"

yang ni paling legend.



p/s:aku nak tekel Neelofa.Serius.






9 comments:

  1. AKU TAK LAWA SO BOLE DAPAT BALAK ENCEM KOT

    ReplyDelete
  2. kenape mesti neelofa........ahhaha

    ReplyDelete
  3. finaz-mesti la.yg penting hati.

    emelda-sbab..ihik..malu nak cakap..

    ReplyDelete
  4. aku jeles kt beast yg last tu

    ReplyDelete
  5. kalau beliau boleh,kita apatah lagi.

    ReplyDelete
  6. Hamba jugak menjadi mangsa yek?

    Maaf. x menulis picisan2 cmni. menulis untuk mencelikkan, bukan menyedapkan mata. hahahaha.

    :p

    ReplyDelete
  7. sebab cantik di mata setiap orang tu berbeza. ikut citarasa ;-) hehehehe...

    ReplyDelete
  8. pergh! yg last sekali mmg paling awesome!

    sampai x nampak mata. hahaha.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...