Thursday, October 20, 2011

HIMPUN. satu pandangan.




Bismillah walhamdulillah.

22 Oktober, seluruh umat Islam diseru untuk menghadirkan diri ke Stadium Shah Alam untuk menyuarakan bantahan terhadap peningkatan kes2 murtad yang dilaporkan di Malaysia. Keengganan PAS untuk tidak menyatakan sokongan dilihat sedikit sebanyak menempangkan gerak langkah gabungan NGO ini. Walaupun masih lagi dinaungi oleh NGO2 yang lain, namun kegagalan menarik PAS turut sama terlibat dalam HIMPUN ini dilihat bakal memberikan impak yang bukan kecil.

Mengapa HIMPUN? Agaknya, apa perasaan kita, selaku orang Islam, tatkala penganut Buddha beramai2 berkumpul menyatakan kebimbangan mereka apabila 'murtad'nya penganut Buddha dengan kembali kepada Islam? Apa jeritan hati kecil kita, tatkala para pendokong Hindu, menyuarakan bantahan dengan berkumpul beramai2, mencela penganutnya yang menganut Islam? Soalnya, mana sensitiviti kita terhadap konsep keharmonian agama yang selama ini kita junjung bersama?

Harus diingat, kita sepatutnya gusar, seandainya golongan yang hadir ke HIMPUN hanyalah mereka2 yang sudah sebati dengan Islam sekaligus meninggalkan puak2 yang masih hanyut, jauh di belakang. Target mad'u yang dilihat terlalu terbuka seperti ini dilihat menyukarkan perkembangan dakwah yang sepatutnya menjadi titik permulaan bagi membasmi gejala murtad yang kian membarah di bumi ini. Sasaran utama kita haruslah mereka yang masih tidak sedar gejala murtad yang merebak dalam diam, namun, akan datangkah golongan sebegitu dalam perhimpunan seumpama ini?

Usah menuding jari kepada agama lain. Lihat sendiri, apa yang orang Islam laksanakan untuk menyuburi hati2 orang Islam? Sebenarnya, di mana kita dalam menangani isu murtad? Berapa banyak bajet dalam belanjawan diperuntukkan untuk menangani gejala sosial dalam kalangan anak muda? Berapa program realiti yang menjarakkan manusia dengan nilai2 Islami dihentikan? Berapa konsert2 hiburan yang berjaya dibatalkan? Sejauhmana dakwah Islam benar2 konsisten menyirami hati2 gersang warga Islam di Malaysia? Berapa banyak gerakan dakwah dijana pada peringkat kerajaan? Cukupkah dengan sekadar penganjur Musabaqah AlQuran saban tahun? Dan, benarkah kita percaya, dengan HIMPUN, barah murtad bakal sembuh? Berapa ramai non-muslim akan kembali pada fitrah mereka, yakni Islam? Berapa ramai pula orang Islam yang sudah murtad akan insaf, dan bertaubat dengan pulang ke pangkuan Islam?

Saya berpendapat idea HIMPUN, adalah cukup baik. Namun, saya bimbang seandainya dengan HIMPUN, persepsi non-muslim terhadap muslim akan lebih buruk. Mungkin jurang antara agama akan wujud dengan lebih besar selepas ini. Dan secara langsung akan memberi kesan kepada usaha dakwah di bumi Malaysia. Pandangan saya, HIMPUN hanya satu cara, dan kita masih punya beraneka alternatif lain bagi menangani gejala murtad seperti ini. Jangan semakin bezakan kita dengan mereka, jika tidak bagaimana mereka akan menuruti kita? Jadi, saya mohon tampil berbeza.

mohamad izzat ghazali.
universiti islam antarabangsa malaysia.

5 comments:

  1. pas xjoin sbb kononnya penganjur xnak bwt himpun jd pentas politik

    ReplyDelete
  2. isu ni isu yg berat..insyaallah akn cari kelapangn utk pegi :)

    ReplyDelete
  3. setuju dgn ayt ni,

    "HIMPUN hanya satu cara, dan kita masih punya beraneka alternatif lain bagi menangani gejala murtad seperti ini."

    ReplyDelete
  4. saya tak setuju dgn pandangan penulis. himpun akan mnunjukkan ketegasan umat islam dalam hal akidah. oleh itu org bukan islan tidak akan wewenang dlm apa carapun untuk menyebarkan fahaman mereka kpd org islam.

    kalau tuan kata himpun akan membuatkan org bukan islam semakin memandang negatif...tuan silap!! inilah perjuangan kita org islam...kalu tuan mampu sekadar menulis nya di sini, itu mungkin setakat ini sahaja kemampuan tuan...yg pergi ke himpun, mereka mungkin mempunyai kemampuan yg lebih besar dari itu....

    lagi satu, kalu tuan pk penganut hindu atau budha akan berhimpun krn mengecam kita sebab telah mengislamkan mereka....soalan ini boleh ditanya, adakan agama hindu atau budha melarang penganut mereka murtad? adakah agama buda dan hindu mempyi sistem sebegini? Tidakk...

    tapi islam, agamanya ada sistem. kalu umatnya murtad, harus diperangi. kerana islam mengharam umatnya dari murtad. tapi agama lain tidak...

    sebab itu himpun menunjukkan sejauh mana keimanan kita dalam mempertahankan islam. kalu tidak mampu untuk turut serta, sekurang-kurangnya meyokong dibibir...

    dr puteratahan

    ReplyDelete
  5. aku x layan comment anon.

    ko igt ko putera aku heran ke hah?

    hehehe.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...