Friday, April 27, 2012

Menjelang BERSIH 3.0 : Satu Pandangan

Bismillahirahmanirahim, Salam.

Dah lama blog ni tak diupdate, semua blogger SayaBudakMelayu.blogspot sibuk dengan urusan masing-masing agaknya. Tambah-tambah saudara Izzat Ghazali yang tengah "honeymoon" lagi rasanya.

Besok, 28 April 2012 akan diadakan :

Post ni bukan ajakan/jemputan ke sana atau larangan untuk menyertai BERSIH 3.0, tapi sebagai satu pandangan dari kaca mata seorang rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu dan beragama Islam dan bertindak secara natural tanpa pengaruh dari mana-mana parti politik atau agenda luar.

Sebelum ini, negara dah dikejutkan dengan insiden yang berlaku pada BERSIH 2.0 di mana kekasaran dapat diperlihatkan kepada umum bagaimana pihak berkuasa menangani event tersebut di mana satu nyawa telah terkorban.

Penulis kurang mengikuti perkembangan post-BERSIH 2.0 tetapi apa yang dapat diperkatakan, pengakhirannya tidak seperti dijangkakan. Bukan mahu salahkan mana-mana pihak samada menganjur atau pihak berkuasa.

9 tuntutan yang dibuat pada BERSIH 2.0 nampaknya hanya satu sahaja yang diterima iaitu penggunaan dakwat kekal kalau tidak salah yang lainnya bagai diabaikan oleh pihak kerajaan.

Besok, BERSIH 3.0 akan berlangsung dan membawa 9 tuntutan yang sama dan kali ini akan dibuat secara DUDUK & BANTAH.

Penulis berpendapat bahawa penganjuran BERSIH 3.0 adalah tidak perlu. Kenapa? Adakah penulis pro-BN? Penulis diracuni anasir-anasir dan pengaruh UMNO?

Tidak sama sekali, apa yang buatkan penulis rasa BERSIH 3.0 adalah sesuatu yang tidak patut dianjurkan:

1. Tidak mahu perkara yang tidak diingini sepertimana yang berlaku pada BERSIH 2.0 samada di Malaysia mahupun di luar negara contohnya di mana ada segelintir pelajar yang menyertai perhimpunan tersebut digantung/dibuang dari institut pengajian dan perkara ini menyebabkan berlaku perbalahan. Dan apa yang dapat kita lihat, cara menangani perhimpunan ini oleh pihak berkuasa yang terlalu kasar dan menyebabkan banyak kecerderaan. Inikah yang kita mahu ia berulang? Adakah kita yakin kali ini mereka tidak bertindak sama?

2. Secara amnya, kita tahu bahawa apabila berlakunya sesuatu yang membuatkan kerajaan mengarahkan "kawalan keselamatan" ini akan menyebabkan berlakunya perbelanjaan besar wang negara untuk menempatkan pasukan-pasukan keselamatan. Pernahkan anda terfikir, jikalau dalam keadaan aman pun boleh berlakunya ketirisan wang negara, dalam situasi begini adalah satu peluang yang akan diambil oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab untuk menyalahgunakan penyaluran wang negara. Dengan secara tidak langsung BERSIH 3.0 membantu/mempermudahkan proses merugikan negara.

3. Keberkesanan yang tidak pasti. DUDUK DAN BANTAH, adakah ia berkesan? Secara rasionalnya, kalau kerajaan tidak mengambil endah dan membiarkan sahaja apa yang berlaku, adakah 9 tuntutan itu akan dilaksanakan? Adakah dengan buat sebegini kerajaan akan menerima tuntutan-tuntutan yang dibuat? Fikirkan. Takkan mahu buat benda yang sia-sia 2 kali?

4. Berkenaan tempat penganjuran yang tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa DBKL, kenapa mahu diteruskan? Cuba kalau orang bangladesh datang rumah dan nak lepak-lepak dalam halaman rumah kita seharian. Yang datang tu pulak ramai-ramai, anda ok ke kalau mereka berkeras nak lepak jugak?

5. Mereka dah membenarkan penggunaan Stadium Merdeka, kenapa tak terima? Alasannya sebab tak sempat nak tukar tempat? Rasanya anda tak ada pun pasang khemah banyak-banyak dan cathering makan-makan untuk besok kan? Jadi apa masalahnya? Bukannya tempat yang dibenarkan tu diubah terlalu jauh dari tempat rancangan asal.

6. Pukul 2 petang, tak panas ke dok? Duduk rumah berehat bersama keluarga rasanya lebih best. Luangkan masa dengan keluarga di tempat yang selesa adalah lebih bermanfaat.

7. Baru-baru ni berlangsung debat antara KJ dan Ambiga berkenaan isu BERSIH. Rasanya ini adalah sesuatu medium yang sangat bagus dalam memberikan hujah-hujah sebab kenapa ia perlu dan tidak perlu dilakukan. Tempat pun selesa. Tidak mendapat liputan? Carilah di Youtube. Jadi, ini menunjukkan adanya medium alternatif yang lebih baik dan dari situ kita boleh dengar penerangan-penerangan yang lebih jelas melalui sesuatu perkara berbanding hanya bersorak BANTAH.

8. Yang paling tak best adalah selepas dari perhimpunan itu sendiri. Apa ya? Ingat lagi video pasal BERSIH 2.0 dulu? Last part ada sorang pemuda ni jalan dan tolong kutip dan buang SAMPAH-SAMPAH yang dihasilkan dari perhimpunan BERSIH. Capai matlamat? FAILED!

Pasal ditaja oleh orang luar atau agenda tersembunyi itu malas nak komen sebab penulis tidak berminat. Jadi, ini hanyalah sekadar pandangan. Tidaklah penulis memaksa sesiapa menerima pandangan ini.

Lagipun, sebagai seorang Muslim, penulis rasa kita masih ada cara yang lebih baik dan efektif.

Post ini hanyalah pandangan penulis seorang bukan merangkumi pandangan semua blogger-blogger SayaBudakMelayu.blogspot. Mereka punyai pandangan mereka sendiri.

Kalau yang betul itu, betullah. Kalau berbeza pandangan itu, biasalah. Kita semua ada pandangan masing-masing.

Wassalam.

5 comments:

  1. 1) betul. ada risiko tu. tapi tu sikit sangat kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan saudara2 yg lain. kat Tunisia contohnya, berapa orang kena-buang-dunia dalam usaha menyedarkan pemerintah betapa mereka sungguh bangang? kalau diorang x buat? sampai bila2 lh Ben Ali akan kekal berkuasa kan? setakat kena buang kerja, kena buang universiti, lagi apa? ntah lh. tapi, aku beriman dengan Ar-Razaq. mana2 pun nak buang aku, buang lah. inshaAllah, Allah ada.

    2. aku x nampak sangat point ko kat sini. macam lah kalau takde demo, negara akan jadi kaya kan? ketirisan wang sebab rasuah pun dah cukup banyak dah untuk cover kononya membazir duit bila kena halang Bersih. cincin pun harga juta2.

    3. Allah swt xkan bg something kalau ko x usaha. pastu, kalau x buat apa2, kerajaan akan turuti ke tuntutan bersih? sekurang2nya, selain drp PAS anjurkan solat hajat, doa2 drp alim ulama' yang faham, menzahirkan di jalanan adalah tetap dikira satu cara. mungkin inshaAllah, bersandarkan kepada 'Bersih' ini lah tuntutan utk memiliki sebuah sistem memilih pimpinan yg adil Allah perkenan, sapa tahu kan?

    4. sebab Dataran Merdeka tu milik rakyat. bukan rumah orang. x digazetkan sebagai kawasan milik sapa2. cuma DBKL sebagai pengurusan je. selama ni, konsert2 buat, 5 6 orang je ke datang bero? hehehe.

    5. sebab depa tipu, amin. dulu, masa bersih 2.0, aku dgn kawan2 gamis ada persoalkan mende ni jugak masa sidang meja bulat dgn jwtnkuasa pemandu Bersih. memang kerajaan kata OK, boleh guna stadium. tapi pengurusan stadium xnak bagi.
    depa tolak sana, tolak sini. masing2 xnak terima. sedih aku :( hahaha.

    6.ni point paling comel. hehe. so, bagi aku xyah nak argue lh kot. aku setuju terus je lh. hahaha. tengok bola tengah hujan? layan konsert tengah ribut? tengok perarakan hari kebangsaan dalm dewan ke? heheh. pasal keluarga ni, aku malas nak amik port. ko baca saifulislam punya page. aku nak cakap pasal keluarga ni x reti sangat. ada zaujah sorang,bru kira berumahtangga, tak kira keluarga lagi. kang ada rezeki, inshaAllah aku ulas lah pasal keluarga ni.

    7. ni aku setuju sangat. tapi, apsal media perdana, media prima taknak buat live kat tv eh? musykil betul aku. errr, datang demo BUKAN utk dapat penjelasan, TAPI untuk TERJEMAHKAN bantahan terhadap sistem pilihanraya sekrang dan menunjukkan betapa kita perlu satu sistem yang adil.

    8. bersih bukan bertujuan untuk bergotong royong marilah membersihkan KL. so matlamat amende yg ko cakap x tercapai nih? confused jap. ko pernah join jom heboh tak? pernah layan konsert2 x? sampah orang buang memang ada. x dapat nafi. even kat ceramah PAS pun ada jugak. kalau kemusnahan pokok2, patah papan tanda etc, mohon pakcik polis tak kejar. then kami tak pijak pokok itu. hehe.

    conclusion. aku x cakap aku betul, amin. tapi daripada sudut pandang aku, drp kedudukan aku, ni lh yang aku faham. aku OK je kalau ko x setuju. aku balas ni bukan utk ko sgt sebenarnya, tapi aku xnk orang yg baca post ni salah faham. so aku jelaskan.

    disclaimer. aku bukan bijakpandai. aku bukan ustaz. so aku byk refer kat orang2 yg tahu pasal ni. sebab aku yakin, dekat mahsyar nanti, Allah himpun kita dekat para pemimpin kita, and obviously lh aku xnak dihimpunkan dlm group Najib, and even Anwar pun aku x setuju sangat. semoga Allah bangkitkan aku yg hina dalam kumpulan ulama'. amin.

    semoga Allah redha. ^_^

    ReplyDelete
  2. incik.loyer

    1. yerp, apa yanga ko cakap memang betul dan dari pandangan aku cuma aku nak elak kezaliman/penyalahgunaan kuasa dekat student yang join BERSIH ni atas faktor politik. Sebab, apa yang jadi dekat Kaherah dulu still tak setel2. Jadi aku cuma taknak keadaan lagi teruk.

    2. Dalam point ni aku just nak kata yang nanti adalah menteri/orang atasan ambil peluang ni nak ambil duit negara. kiranya bukan BERSIH tu sendiri yang menyebabkan kerugian, tapi orang2 yang jaga bahagian keselamatan ni "berbelanja" lebih dari apa yang patut dan "yang lebih" tu masuk poket sendiri senyap2.

    3. Untuk point ni, sebab dari apa yang aku tengok dari BERSIH 2.0, pihak berkuasa dah bertindak kurang ajar pada rakyat. Wlaupun dilakukan dengan aman sebelum ini tapi tiba-tiba start serang gas pemedih mata. Dan mereka lepas dari BERSIH tu tak endah pun apa yang kita mintak. Jadi, aku rasa ia bukan medium yang berkesan dan aku taknak rakyat dizalimi.

    4. tentang dataran merdeka, apa yang berlaku sekarang mahkamah dah kluarkan waran yang tak boleh masuk dataran. aku cuma harap "provokasi" dari pro-BN yang nak buat macam BERSIH yang timbulkan huru-hara tak berlaku. nanti ada certain yang BERSIH ni tibai ikut geng-geng provokasi ni langgar.

    5. Pasal stadium ni aku setuju dengan ko. Aku pun rasa yang benda ni memang diorg sengaja. Sebab malaysia ni banyak sangat birokrasi. Kononnya bagi, tapi akhirnya hampeh. Cuma, aku tertanya kalau sebelum lancarkan trikh BERSIH, kalau kompemkan tempat dan kebenaran dulu tak boleh ke? sebab benda ni aku kurang arif. Kalau ikut pendapat aku, kalau tak dapat tempat, better jangan lancar lagi.

    6. Moga Allah permudahkan. :)

    7. Aku cuma nyatakan medium yang dibuat adalah sangat baik. cuma liputan tu lah yang masalahnya. yang aku maksudkan dengan PENJELASAN itu sebab kebanyakan yang aku lihat join BERSIH ini adalah sebab dia fanatik pada satu-satu parti politik dan kadang-kadang ikut. Bukan sebab faham kenapa nak BERSIH.

    8. part ni bukan aku cakapkan tentang BERSIH adalah gotong-royong. kiranya aku nak kaitkan bila kita guna suatu nama, contohnya BERSIH, apa salahnya kalau kita lakukannya secara bersih. tunjuk yang kita boleh. Memang bukan tujuan kita nak bersihkan KL. tapi kalau lihat dari post-mobarak, selepas perhimpunan tahrir, diorg bersihkan dataran dan cat balik semua benda. tapi biasalah arab, kejap je lah. jadi kita sebagai Malaysian perlu buat yang lebih baik. kalau nama pun BERSIH, dan lepas berhimpun pun persekitaran bersih, kita semua memang THE BEST!

    jangan risau, bg aku, setiap orang ada pandangan masing2. aku tak boleh kata apa yang ko dan orang lain fikir salah sebab ko ada hujah ko sendiri dan aku ada hujah aku sendiri secara rasional.

    kalau hujah aku boleh timbulkan pergaduhan/perlahan, aku tak ada masalah nak tarik apa yang aku kata. bukan sebab aku tak ada pegangan, tapi benda ni boleh khilaf dan aku tak nak sebab pandangan aku aku yang berbeza boleh putus ukhwah.

    aku pun bukan bijak pandai, berkata atas rasional dan menggunakan salah satu nikmat terbesar Allah pada manusia iaitu akal. aku pun mengharapkan KITA SEMUA diletakkan dalam golongan orang2 yang beriman bersama Rasulullah dan para ulama'. InsyaAllah.

    Btw, aku tak katakan BERSIH adalah salah, tapi pada pandangan aku. kita masih ada cara penyelesaian yang lebih baik dan berkesan. cuma kita perlu fikirkan. :)

    All the best for BERSIH 3.0 :)

    ReplyDelete
  3. hehehe. biar kita dua orang je lh yg main komen2 ni ye tak? :)

    1. bagi aku, baik pihak berkuasa 'menyalahgunakan' kuasa ke atas student ASALKAN boleh buat student jadi CAKNA terhadap isu2 masyarakat. bukan setakat TAHU malah SANGGUP bersama masyarakat memperjuangkannya. aku setuju dgn pendapat ko, disebabkan politik. tapi aku jadi risau lh, kalau kita xbuat, sapa yang akan buat? kalau bukan sekarang, bila lagi? nak tunggu Malaysia 'parah' macamana lagi baru 'teruk-dibuang-disebabkan-pilihanraya' sepatutnya bukan jadi isu utama?

    2.okeh. agreed. most probably. but dalam keadaan kita nak buat diorang tahu diorang x dapat sokongan ramai sebab ke-tidakbijak-an diorang mentadbir negara, everything has their on price. so risiko tu akan diambil dengan jayanya. hahaha.

    3. errr. mohon pencerahan. bia aku bagi ko satu teka-teki, apa yang kerajaan dah buat penambahan baikan dlm sistem pilihanraya pasca bersih2.0? aku bagi clue, sekurang2nya ada 2 (setakat yg aku tahu) mende kerajaan dah buat utk mengurangkan ketegangan benci pada BN masa tu. mohon google. :) tapi masalahnya, diorang x kabulkan semua (T.T) kalau x mesti senang cite pasni. sob3.

    4. waran daripada mahkamah, utk menghalang dataran merdeka diduduki? aku x rasa mahkamah tu fully-separated lagi drp Najib's influence. (hehehe..) so, waran ke, notice ke, pekeliling ke, hatta writ saman sekalipun, aku x rasa mampu untuk halang penyataan perasaan kepada incek Najib, mohon jangan buat SPR macam pesaka anda :) err. so pada pendapat ko, perhimpunan x wajar dijalankan semata2 x dapat waran? erk! semenjak aku aktif ni, xpernah lagi aku dengar dapat permit utk guna buat perhimpunan, nak buat konsert AF mungkin lh kot. bukan x pernah mintak amin, GAMIS tanya Marina (Jk Bersih) , why dont we ask for a valid permission to gather there? dia jawab, dah macam2 cara kita buat nak dapat keizinan tp x pernah nak dapat :(

    5. sila rujuk no.4. sebab xpernah nak dapat. kalau dapat, inshaAllah, makcik2, nenek2 yang x leh jalan pun kita usung nanti :)

    6. anak muda, duduk dlam rumah lama2 kepala jadi tersumbat, so mohon kebenaran utk kita tgok matahari sebentar di luar. hahaha.

    7. can't agreed more. aku benci tahap dewata raya, brother2 yg join Bersih sebab suka2. rasa nak wushu je siku diorang. waachaaa!! semoga depa dapat hidayah Allah swt dengan kehadiran diorang ke mari. :p biar-lh kita nilai apa yg depan mata, and biarkan ALLAH buat kerja dia nilai apa yg tersembunyi. apa dalam arab dia eh? lupa dah.-__-" kawan ngn rapik lh ni. hehehehe.

    8. susah r min. orang yang kita nak kawal bukan 100 orang budak2 sekolah kebangsaan agama arau. dalam larian hijau selamatkan bumi sekalipun, kita2 ni buang botol2 minum tu merata je. apa pun x boleh dah. hehehe. ko doa dari sana lh eh? :)

    haaa. bgos2 nice. ptot-lh ko belajar jauh di perantauan. x sia2 rapik kawan dgn ko. ahakz!

    xnak terlibat takpe, as long as, jangan benci.
    xnak bersetuju takpe, as long as, jangan gagalkan.

    ukhwah kita bukan beli uptown danau kota bro.
    buakn yang setakat tawar-menawar dekat padang besar bro.

    ni mahal ni bhai. so durability dia tinggi. selagi Allah jadi pengantara nya lah ^_^

    bagi aku, memang ada banyak cara, dan BERSIH adalah satu2nya cara yang berkesan dalam memberikan impak yg besar. mohon akhi amin fikir, dan bagitahu kami ya? :)

    ReplyDelete
  4. aku nak reply panjang xde mood sebab aku kelah hari ni. :D

    tp you got your points.

    aku xbenci dan aku xgagalkan. aku cuma nak elakkan benda yang tak diingini berlaku. dan aku doa semua yang g akan dipelihara oleh Allah.

    Lagipun apa yang aku cakap ni just beberapa disadvantages of BERSIH, tapi aku tak nafikan ada advantages2nya.

    dan mungkin ada perkara yang aku silap sebab aku tak ada di Malaysia waktu ni. jadi kalu aku ada salah pandangan, pohon menerima. :)

    just nasihat aku pada penyokong bersih(termasuk aku):
    When you start marching, march to the end! #BERSIH3.0 From Egypt with love.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..mungkin dah agak terlambat untuk sy comment, tapi biarlah sekdar berkongsi pendapat..Saya sangat bersetuju dengan point2 penulis.Walaupun saya menyokong perjuangan untuk mendapatkan fair election, tapi saya kurang bersetuju dengan Bersih 3.0..Bagi saya jika penganjur mahu menganjurkan Bersih 3.0, mereka perlu memperbaiki agar kejadian semasa Bersih 2.0 tak berulang.Contohnya macam mana mengawal crowd yg ramai dan bagaimana menghadapi sebarang kemungkinan seperti perhimpunan aman berubah mnjadi rusuhan ataupun polis bertindak seperti Bersih 2.0..Saya juga kurang bersetuju Bersih dianjur oleh parti2 politik tertentu kerana mana2 parti politik pon akan ada agenda tersembunyi,tak kira la di pihak pembangkang mahupun kerajaan..walaupun bukan semua yg hadir Bersih menyokong parti2 tertentu..Apa pun Bersih 3.0 sudah berlangsung. saya sendri turun padang walaupun seketika pada waktu tengah hari, sekadar jadi pemerhati.Apa yang saya nampak orang ramai begitu bersemangat dan saling berganding bahu tnpa mengira kaum.Malah Polis juga memberi kerjasama yang baik.Entah mana silapnya(tak perlu ditunding jari pada sapa2, Bersih 3.0 berakhir sprti Bersih 2.0)..diharap jika ingin diadakan lagi perhimpunan aman, segala2 telah dikaji terlebih dahulu..Peace!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...