Friday, December 09, 2011

PAU - debu bawah karpet.


Bismillah walhamdulillah.

Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2011) masih terasa kehangatannya. seperti biasa, media main stream seperti TV3 dan Berita Harian akan melunaskan tanggungjawab yang diamanahkan ke pundak mereka. Jadi, seharusnya kita, warga marhaen yang prihatin, tidak merasa hairan tatkala terperasan dalam 10-15 pages Berita Harian bergebang tentang PAU semata. Hendaklah juga, kita, (sekali lagi) selaku warga marhaen yang prihatin, tidak merasa takjub bilamana menyedari hampir 40minit Buletin Utama TV3 memaparkan ceritera PAU sahaja.

Dengan menguasai media perdana negara, setidak-tidaknya kelemahan demi kelemahan yang disedari, sepanjang PAU berlangsung, dapat dihindari daripada diketahui ramai. ketepikan seketika perwakilan2 yang datang, kerana walaupun dikatakan mewakili bahagian masing2, mereka tetap di'taja' untuk datang. jadi, kelemahan drp PAU adalah diyakini tidak diterima para pendabik dada - peraih untung kroni - perwakilan UMNO.

1) taburan wang besar.
penulis tidak tahu apa yang berlaku dlm perhimpunan agung parti2 lain, tetapi andai dibandingkan dgn muktamar PAS, PAU sangat berbeza. perwakilan PAS yang dipilih bukan sahaja datang menggunakan kenderaan sendiri, malah dana daripada PAS kawasan juga lazimnya tidak cukup utk menampung belanja harian. sudah menjadi lumrah, masjid2 surau2 akan menjadi tempat persinggahan tidak sebagaimana PAU.

apa yang menjadi wasilah pembeza? PAU - perwakilan seluruh negara datang dgn bas, disediakan duit poket, hotel2 di sekitar PWTC sudah dibooking awal utk 'pasukan-tepuk-tangan-kuat2' ini.

2) plagiat idea2 parti lain setelah mencemuh.
cadangan daripada seorang perwakilan saudara Kamarudin Omar, untuk memastikan setiap calon PRU daripada UMNO bersumpah 'wallahi,wabillahi,watallahi' mengundang reaksi berlainan dalam kalangan Majlis Tertinggi. ada yang menyifatkan kebolehpercayaan di kalangan YB Umno berada di tahap yang membimbangkan. plagiat daripada PAS ini mengundang kegusaran kepada sesetengah pimpinan, bimbang dijadikan modal pilihanraya akan datang.



dalam lembaran sejarah, tersisip kemas betapa UMNO mempersendakan kaedah PAS dalam usaha untuk menjamin ahli tidak berpaling tadah dengan melakukan bai'ah. Beberapa siri tuduhan dilempar kepada PAS, antaranya tidak demokratik, tidak percaya kepada ahli, bidaah, sesat dan sebagainya. Sekarang saksikanlah, siapa yang jilat ludah sendiri?

3) perbahasan ucapan dasar yang 'playsafe'.
sesi berbahas PAU merupakan sesi mengipas memanda presiden. memandangkan PAU 2011 merupakan perhimpunan agung 'terakhir' sebelum PRU, perwakilan-perwakilan yang lantang sebagaimana PAU sebelum ini, lebih bersikap menjaga periuk nasi sendiri. sewajarnya, sidang perwakilan mengambil kesempatan ini untuk bangkit mengingatkan Majlis Tertinggi dalam situasi pergolakan isu yang kebelakangan ini tidak memihak kepada parti.



4) kalimah agama meniti di bibir (alhamdulillah)
ini adalah antara yg obvious, kalau x percaya, sila baca dalam ucapan dasar Presiden. anda semua sila jangan kutuk, kalimah agama adalah semestinya bukan milik mana2 individu, ataupun parti. part kena bantai gelak dengan budak2 PASTI adalah paling 'in', Allah s.aw ?? Amboi, ini memang nampak anda memaksa untuk nampak Islamic.

saya harap, istilah jihad, istiqamah, tarbiyyah, dakwah, syumul, dan lain2 lagi. jangan setakat, baca dgn nada semangat, acung tangan tinggi2, buat muka yakin, dan bukak telinga, dengar orang tepuk, itu sangat-lah no-class.

5) pepatah bodoh lahir.
"jika UMNO kalah, survival politik Melayu akan berakhir"- YB Ahmad Maslan. Hakikatnya, seandainya Allah swt berkehendakkan kekalahan UMNO dalam PRU kali ini, politik Melayu sepertimana sekarang, malah mungkin lebih bertambah lantaran 2 parti utama dalam Pakatan Rakyat dibarisi muka2 melayu, berbanding hanya UMNO satu-satunya dalam Barisan Nasional. kalimat tidak melalui tapisan minda seperti ini, akan menjadi liabiliti besar kepada UMNO kepada golongan yang tidak dibatasi sempadan bangsa.

6) pengumuman pengunduran tokoh politik
beberapa pimpinan besar UMNO sudah reti bahasa mengumumkan cuci tangan daripada arena politik. mungkin hati sudah terasa, mereka bukanlah winnable candidate yang dicanang Presiden. sebelum tanpa sebab digugurkan, ada baiknya mengumumkan pengunduran. nescaya lebih dilihat terhormat, berbanding digugurkan daripada senarai pencalonan.


7) UMNO - hanya hero di kampung sendiri.
tindakan Najib yang menggunakan gelanggang PAU untuk menaikkan integriti diri, keputusan Shahrizat untuk bertegang urat leher bermatian membela diri sendiri, memperlihatkan betapa Malaysia sangat kekurangan seorang pemimpin di sebalik lambakan ahli politik. pemimpin, (sebagaimana Khairy, dan Mahfuz) tidak hanya bermadah hebat di beranda rumah sendiri, tetapi turut sama mengegar di beranda lawan.

8) isu-isu besar, masih dibiarkan berteka-teki.
mana jawapan UMNO selaku parti politik utama yang memegang tampuk pemerintahan dalam isu-isu mega yang menjadi siulan media alternatif kini? apa jadi dengan isu komisyen kapal selam rm500 juta? apa update terkini dengan kes bunuh Atlantuya yang dibicarakan di mahkamah Perancis? apa cerita kes2 Felda yang masih tertunggak pampasannya walaupun sudah diisytiharkan menang di mahkamah?

9) PAU - rakyat Malaysia bukan semuanya UMNO !!
Najib dalam ucapan penggulungannya menyeru seluruh rakyat Malaysia (?) memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada UMNO. dalam PAU, sepatutnya Najib bertindak selaku seorang general kepada parti, bukan captain kepada Malaysia. conflict of interests seperti ini, sedikit sebanyak menggugat integriti dan kredibiliti Najib Razak.

bilamana Najib harus berdiri selaku PM Malaysia, please set aside your position as President UMNO ! Kerana anda merupakan pemimpin Malaysia, secara keseluruhan yang bukan hanya terdiri daripada anggota parti UMNO. dan bilamana Najib berucap selaku seorang Presiden UMNO, lupakanlah seketika yang anda seorang PM. kerana hak anda selaku seorang Presiden UMNO jauh lebih kecil andai dibandingkan dengan hak seorang PM.

seorang belia (menurut TV3) menyifatkan PAU 2011 adalah yang terbaik dalam sejarah UMNO. persoalannya, pernah ke dia lihat PAU pada era Tun Hussein Onn, Tun Mahathir dan lain-lain dengan usia semuda itu? dan disebalik kegahan penganjurannya, disebalik limpahan kemewahan yang dilaburkan, andai Allah swt mentakdirkan kejatuhan UMNO dalam PRU kali ini, nescaya takwilan sebahagian penganalisis politik bahawa PAU 2011 adalah yang terakhir UMNO, akan menjadi benar.

dan Dia-lah Tuhan yang memilik segala kerajaan.

2 comments:

  1. I LIKE UR POINT OF VIEW. SESUNGGUHNYA HANYA DENGAN KUASA ALLAH SWT MAMPU MELINDUNGI DAN MENTADBIR MALAYSA.

    ReplyDelete
  2. thanks. but still it is just a 2-cent oppinion :)
    ..
    true that.

    "Allah swt berkuasa memberi kekuasaan kpd sesiapan yg Dia brkehendak. Berkuasa menarik kembali kekuasaan ke atas sesiapa yg Dia kehendaki."

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...