Showing posts with label kutuk. Show all posts
Showing posts with label kutuk. Show all posts

Friday, December 30, 2011

Lelaki Binatang

Kami post lambat2 bukan sebab kami malas.Kami lambat sebab kecelaruan hidup sebagai student U.Harap maklum.


Lelaki binatang merupakan golongan lelaki yang sering bertukar-tukar gadis.Bukan setakat bertukar-tukar,malah tak kekok untuk main dengan gadis-gadis tersebut.Bertukar di sini bukan dalam erti kata main,tinggal,cari perempuan lain.Tapi macam ni; seminggu dengan Milah, minggu kedua dengan Timah, minggu ketiga dengan Letchumi, dan minggu keempat kembali kepada Milah.Tu la kitaran kebinatangan beliau.

Kriteria lelaki binatang adalah seperti dibawah.Kepada jantan-jantan di luar sana,sila renungkan samada saudara-saudara sekalian termasuk dalam golongan lelaki binatang. Kepada gadis-gadis, boleh jugak renungkan untuk peringatan.

1- Berduit



Ni paling penting untuk membinatangkan diri. Sebab apa?sebab lelaki binatang ni, aim beliau adalah untuk main. Jadi untuk mencapai objektif tersebut, adalah perlu untuk membuat pelaburan. Ya la kan,awek mana nak serah camtu je body beliau kalau tak melabur sikit. Paling koman sebelum dapat tu, kena la bawak pi tengok wayang, McD, karok, bawak shopping.Lepas tu hotel pulak. Mau dekat RM200 jugak la sekali labur tu. Tapi beliau tak kisah.Kerana hasil pelaburan beliau bakal lumayan.

2- Pandai mengayat.



Kalau tak pandai mengayat pun bole je nak jadi binatang. Tapi poket mesti kencang la. Jadi kritieria kedua ni adalah bagi lelaki binatang yang poket tak berapa nak kencang (pergh ada rima akhir). Ayat-ayat menipu beliau sangat natural.

Milah- Awak, jom tengok Papa I Love U?Malam karang bole la saye buat Papa I Love U kat awak.Hikhik.
Binatang- Alaa awak, saye ade presentation la Isnin ni.Lecturer ni leceh sikit.Awak pun tau kan saye ni pelajar berwawasan..Saye kene buat research betul-betul.
Milah- Ala ye ke wak.Camtu minggu depan bole?
Binatang- (minggu depan turn sape tah) Hmm tak berani janji la awak.Saye try ok?
Milah- Ok wak :)


Timah- U, I lapar McD la u...Tringin nak makan BigMac.U pun rindu nak burger kan?hikhik
Binatang- Ala u..I memang rindu burger U.Eh silap,burger McD.Tapi I ada test la Isnin ni.Subjek killer pulak tu.U doakan I tau..
Timah- Walaupun I ni jarang berdoa, untuk U, I doa betul2.. :)
Binatang- Thanx..Nanti kite makan burger k..hihihi

Letchumi-U,jom overnight?
Binatang-Set.

Ni situasi kalau student la.Kalau kerja lain cerita..

3- Tak ada relationship.



Maksud takdak relationship ni adalah lelaki binatang tidak akan commit.Dengan Milah dia tak kapel, dengan Timah tak, Letchumi apatah lagi.Sebab apa tak commit?sebab aim dia cuma untuk berfoya-foya. Bagi beliau, relationship is bullshit. So apa yang beliau buat? Beliau akan bagi harapan.Communication skill beliau digunakan sepenuhnya untuk menabur janji-janji manis, tapi beliau takkan mintak kapel. 
Bila gadis-gadis tu mintak kapel, mula la bagi alasan;
- I tak ready lagi la nak kapel..Kita stay friends dulu la ok?Friends with benefits.
- Hish apa la u ni.Tak belajar ke yang couple tu haram?Tak caye tanye Imam Muda Asyraf..
- Bercinta tu hanya selepas kawin.Tu prinsip I. Mak I pun selalu pesan camtu.
-Apa kata kita kenal dulu hati body masing-masing?

Tiga point cukup la kot.Malas nak cerita panjang-panjang.

Sebagai penutup. Kepada laki-laki yang jenis perangai macam ni, eloklah rasanya kalau dah mula fikir untuk berubah. Memang la sekarang fikir nak enjoy,nak main, tapi sampai bila?One day U r gonna face the real life. Hidup ni pun ada lagi selepas mati. Kawan aku pernah pesan kat aku;

"One day, akan sampai satu masa yang kau akan menyesal dengan apa yang kau pernah buat."

Bayangkan bila kau dah kawin, tiba2 si Milah datang serang family kau,cakap kau pernah gunakan dia.Nak deny?Boleh saja..Tapi kalau tiba2 sebagai bukti,dia cakap kat bini kau yang kau ada tiga taik lalat kat bontot,mana mau lari?

Renung-renungkan..

Tuesday, December 06, 2011

Kutuk-Foreigner


Tajuk nak racist je kan.Aku tak selalunya racist,tapi kadang-kadang aku bole jadi racist,bergantung kepada situasi.

Study kat universiti bertaraf ANTARABANGSA ni mendedahkan aku kepada ramai foreigner.Kuota student foreigner:Malaysian kat sini lebih kurang 1:3 (kot..). So aku rasa aku layak la kot untuk mengutuk para foreigner ni.

Aku tak ramai kawan foreigner.Dan aku tak anti foreigner,serius.Aku cuma anti kepada perangai sesetengah foreigner ni.Ada ja foreigner yang baik,tapi yang tak berapa baik ni ramai jugak la.Yang memenuhkan masjid serta surau-surau mahallah kat sini,foreigner lah.

Jadi foreigner-foreigner yang bakal dikutuk ni bukan foreigner secara general.Sini aku listkan beberapa perangai yang aku serta sahabat-sahabat seangkatan selalu tak puas hati dengan foreigner ni.

1- Bawak kereta macam celaka.



Ni antara perangai yang aku paling tak puas hati ar.Bawak kereta macam shit.Jalan sempit,ada kereta parking kiri kanan,but still,bawak kereta macam tak tahan nak berak.Memang kebanyakan foreigner bawak kereta macam sial.Aku berani cakap camni sebab bila aku tengok ja kereta yang dibawak dengan cara sial,terdetik dalam hati aku,ni konfem foreigner.Dan bila aku tengok driver,yeah,aku memang bijak kerana beliau adalah foreigner.
(Malaysian pun ramai yang bawak kereta macam celaka ni.Tapi lain kali la aku kutuk.Post ni hanya untuk foreigner)

2- Jalan kaki tengah jalan.



Ni memang mengundang carutan bab*, celaka,sial,jahannam,fuc* off serta shi*. Palotak ar nak jalan tengah-tengah jalan raya.Kalau kau satu U dengan aku,takpun dok kat kolej-kolej international,kau mesti setuju dengan aku.Aku yang bawak moto pun sakit hati,ni kan pulak kalau bawak kereta.Dahla jalan tengah-tengah jalan raya,pastu kalau ada kereta belakang,tak reti-reti pulak nak cepat-cepat ketepi.Jalan ramai-ramai pulak tu,siap berpegang tangan lagi kadang-kadang..Palotak ar kan.Kalau orang hon,tau pulak nak buat muka tak puas hati.
Satu lagi,tak sedar kot bahaya yang bakal menanti kalau jalan camtu,mau pulak malam-malam.Kamu tu dah la tak berapa nak cerah.haih...

3- Bau kurang menyenangkan



Betul beb.Bau mereka-mereka ni memang tak best.Tambah-tambah yang badan ala-ala The Great Khali,pergh bauuu.Kalau tengah stim konfem turun balik.
Ni nak cerita pengalaman aku.Stu maghrib yang hening,sedang aku menyanyi sambil gosok gigi dalam toilet,datang la sorang foreigner berkilat,berpeluh,dan badan ala-ala Great Khali.Bau beliau,serius macam stoking futsal aku yang 3minggu dipakai berulang-ulang tanpa dibasuh. Ok aku maafkanla sebab mungkin beliau ni baru balik jogging ke,futsal ke kan.Lepas mandi,kebetulan aku jumpa balik beliau,yang juga baru lepas mandi.Bau masih lagi busuk,cuma kurang sikit la dari time aku gosok gigi tu.Aku tatau la beliau mandi camna.Tapi kalau dah sedar badan tu berbau,pandai-pandai la mandi tu bersabun.Badan dah taf,tapi bau stoking.Tak matching langsung.

4-Berak kat shower.

Dalam semua yang celaka,inilah yang paling celaka.Ni kes-kes terpencil,tapi sering berlaku tatkala nak dekat-dekat final exam.Aku tak faham kesinambungan berak kat shower dengan final exam.Tapi yang aku pasti,suspek utama memang foreigner la.Mungkin adat mereka sebelum jawab exam kot.
(tiada gambar kerana sangat menggelikan)

5-Bercukur atau potong bulu,tak reti nak buang.



Bersepah bulu-bulu kerinting dalam shower dengan toilet mahallah aku.Spoil gila mood aku nak mandi.Sebab tu la kadang-kadang aku tak mandi.Puncanya foreigner la.

Ha tu ja lah kot buat masa sekarang ni.Diingatkan sekali lagi,ini bukan foreigner secara general,tetapi kepada foreigner yang tergolong dalam 5 kategori diatas.





Monday, October 17, 2011

The Beauty and The Beast

Pertama sekali,aku nak mintak maaf bagi pihak semua penulis kerana sangat lama tak berupdate.Walaupun aku rasa blog ni tak ramai orang baca,tapi permohonan maaf ini tetap perlu.Ketahuilah,kami semua sangat sibuk dengan hal-hal duniawi.(konon).

Ok.Beauty and the beast.Dalam bahasa kebangsaan, awek superb tapi balak sampah.Sampah dan superb di sini adalah dalam erti kata rupa luaran.Mungkin dah banyak post pasal ni,but still,aku rasa nak post jugak.



Dulu zaman aku muda-muda,serius aku sangat tak puas hati dan berasa cilakak dengan mamat-mamat yang kurang kacak,tapi awek beliau boleh jadi model.Awek putih gebu,body mantap, tapi balak muka pecah rumah.Serius wei,sakit hati kot tengok.Bila sakit hati,maka otak akan cuba mencari alasan2 untuk menyejukkan balik hati.Antara alasan untuk menyejukkan hati2 mamat2 desperate yang berasa cilakak tengok couple camni-

1- 1st mesti la dalam otak pikir,ni mesti kes balak poket kembung,anak tokey balak,keta BMW,rumah 4 tingkat kat Bukit Tunku.Dan si gadis tersebut mesti lah jenis mengikis.Ini adalah antara pandangan sinis tipikal dan sangat common.


 Tapi kadang2,memang betul weh.Aku penah kenal sorang awek ni.Balak dia budak U,dan standard budak2 U 1st sem ada moto ja.Then ada la sorang mamat berkereta mazda 3 datang tekel.Terus ditinggalkan balak lama dia.Shit gila.Syahdu weh kalau jadi mamat tu.(cerita benar yang diolah)

2- Dorang memang dah kapel dari zaman sebelum mumayyiz lagi.Ya la kan,time tu mamat tu mungkin masih jambu,awek tu pun body tak nampak apa lagi.Yang ni aku respect.Ini namanya setia.Susah wei nak cari awek yang setia skarang ni.Sapa yang dah penah kena,tau la peritnya bila diri dicurangi.Uhuks.

 Sweetnyeeee.hihihik


3-Banyak lagi aku nak tulis sebenarnya.Tapi cam panjang sangat.Aku bukan macam Aryamehr,aku faham orang malas nak baca post panjang2 haha.Ok terus kepada benda yang aku sebenarnya nak cakap dalam post ni.Kita balik kepada Islam la kan.

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki keji adalah untuk wanita-wanita yang keji, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik.” 
(Surah An-Nur : 26)

So,tak kisah lah awek tu lawa ka,balak dia muka shrek ka,yang penting hati jugak.Kalau dah sama-sama baik,bagus lah.Nak buat tak puas hati apa lagi kan.Ada penah jumpa kapel yang dating,si awek pakai cleavage je,dan balak dia pakai serban?susah beb.So kalau awek tu prangai cam sial,balak pun selalunya sial jugak. 
4- Ok last point.Kepada mamat-mamat yang berperasaan cilakak tengok lelaki tak kacak dapat awek superb,sila sematkan point ini dalam hati masing-masing.Percayalah,kalau lelaki tersebut dapat awek superb,kita jugak berpeluang dapat awek superb jugak.Lebih superb lagi mungkin.

"Jangan kau dambakan wanita secantik Zulaikha,jika kamu tidak setampan Yusuf.Jangan kau damba wanita setulus Fatimah,jika imanmu tidak sekuat iman Ali.Jangan kau mimpi wanita semulia Khadijah,jika dirimu tidak mencontohi Rasulullah s.a.w"

yang ni paling legend.



p/s:aku nak tekel Neelofa.Serius.






Monday, August 01, 2011

Kutuk-Legging

Legging ni sebenarnya merupakan perkataan yang baru aku kenal tahun ni.Ya aku memang buta fesyen.Maaf.

Sapa taktau legging tu apa,sila la google untuk tidak digelar kera sumbang,dan secara tidak langsung memudahkan anda memahami entri singkat ini.

Aku sebenarnya tak kisah orang nak pakai apa pun.Tapi biar la menyedapkan mata memandang.

Masalah yang membarah sekarang ni adalah bila mereka-mereka yang bergelar Melayu ni tak sedar diri.
Mereka-mereka ni terlalu nak berfesyen sampai tak sedar yang mereka ini gemok,berselulit,kaki tak lawa,dan paling penting,tak sedar mereka itu adalah MELAYU BERAGAMA ISLAM.

Bertudung dan berlegging,ni fesyen paling bodoh dalam sejarah.Kejadahnya?Pakai tudung tu ok dah,at least orang takkan gelar kau awek Siam dengan sekali pandang sebab awek Melayu ni kalau tak pakai tudung,kadang-kadang nampak serupa awek siam (dalam konteks masyarakat utara tanah air).

Tapi bila berlegging,kejahilan terserlah.Benda-benda ni dah belajar kot waktu sekolah dulu.Kamon la.Jangan malukan diri sendiri.

Tak sedar ke,bila kau berlegging,orang sekeliling akan kutuk?Contoh-contoh situasi mengundang kutukan ada kat bawah ni-

1-Gemok berlegging (aku tak anti orang gemok.tapi aku anti dengan orang gemok yang pakai legging)




Sangat buruk kan?kalau kat area Gombak,Greenwood,BatuCaves,ada sorang laki selalu pakai camni.Dia gemuk dan dia kurang waras.Kau pun kurang waras jugak?

2-Bertudung berlegging.Memalukan.



Gambar ni aku jumpa kat google.Google pun tak censored muka dia,so aku pun tak censored gak la.(pikir balik,aku censoredkan lah.thanx to khalisan atas ingatan)

Worst case scenario untuk legging adalah gambar ni.


Serius aku tak faham.Mungkin beliau tak sedar spenda beliau dah visible,mungkin juga gambar diambil di majlis private yang dihadiri mahram beliau sahaja (husnuzon).

Legging ni tujuannya elok.Buat jadi inner sudah.Nak pakai depan orang sangat pun,pakai la depan suami.Kan lebih afdhal menaikkan syahwat suami tercinta daripada menaikkan syahwat orang-orang sekeliling.


apa apa pun,kalau dah ketagih sangat nak berlegging,bulan Ramadhan ni kalau boleh,elakkan la ye.

p/s:ya,aku pun tak baik sangat.sama-sama la kita semua berubah sempena bulan penuh barakah ni.cheers :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...