Monday, May 20, 2013

Melayu & Perkauman




Melayu sifatnya memang lemah lembut. Menjaga hati saudaranya tiada terbanding. Sebab itu adanya peribahasa anak kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan. Tiada adab untuk seorang itu tidak menghidangkan makanan atau minum untuk tetamu yang hadir ke rumah seorang Melayu. Biar kita berlaparan, asalkan tetamu cukup makan, cukup minum, asalkan bila tetamu keluar dari rumah, tiada cerita ‘busuk’ keluar dengan tetamu tersebut. Itulah Melayu.

Baiknya tiada terbanding.

Sebab itu Islam mudah meresap dalam jiwa setiap anak Melayu khususnya Islam yang dibawa ahli Sufi. Tidak banyak bezanya akhlak Melayu dengan akhlak yang dibawa Islam. Dan Islam melengkapkan jiwa ruhani Melayu itu yang akhirnya menjadi Melayu yang Adatnya itu berpaksikan Syara, dan Syara’ pula bersendi Kitabullah.

Adat bersendi syara’, syara’ bersendi Kitabullah,
Adat ialah syara’ semata,
Adat semata Quran & Sunnah,
Adat sebenar adat ialah Kitabullah dan Sunnah Nabi,
Syara mengata, adat memakai,
Ya kata syara’, benar kata adat,
Adat tumbuh dari syara’, syara’ tumbuh dari Kitabullah,
Berdiri adat kerana syara’

Atas sebab itu, pantang seorang anak Melayu dipanggil ‘tidak tahu adat’, atau ‘tak beradab.’ Kerana pertalian dan persebatian antara syara’ dan adat Melayu itu terlalu erat.  Sebab itu wujudnya biar mati anak, jangan mati adat, kerana adat itu syara’, adat itu undang-undang tidak bertulis seorang Melayu.

Tapi lembut Melayu selalu ditafsir sebagai kelemahan. Sebab itu, Melayu ada peribahasa kalau baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Sebab orang tua-tua dahulu tahu, berdasarkan pengalaman dengan pe-tua mereka, yang seringkali kebaikan disalahguna, kebaikan Melayu ditafsirkan kelemahan.

Hinggakan takut untuk mempertahankan apa yang telah diberikan kepada mereka. Takut digelar perkauman, takut dijolokkan sebagai penyebar faham asabiah. Kerana Melayu itu lemah lembut, mahu menjaga perasaan orang lain, tanpa memikirkan kepentingan sendiri.

Suka Hamba mengambil pendapat dari Mahaguru Muammar Khalif, Asabiah sepatutnya bukan ditafsir sebagai perkauman, tapi sebagai perpaduan. Perpaduan didalam satu kelompok kearah kebaikan. Atas sebab itu, Ibn Khaldun mengatakan bahawa suatu kepimpinan tidak akan tercapai tanpa kemenangan dan kemenangan hanya tercapai dengan asabiyyah. Ibn Khaldun menyimpulkan bahawa dakwah Islam tidak akan tercapai tanpa asabiyyah. Dan Rasulullah sendiri ‘mengiktiraf kepentingan asabiyyah’ dengan hadith nya yang mengatakan bahawa bukanlah asabiyyah jikalau sayangkan pada satu-satu bangsa itu dan asabiyyah yang dicela ialah apabila membantu kaumnya itu melakukan kezaliman.

Adakah Melayu pernah melakukan kezaliman? Sedang bangsa Rohingnya dibunuh saban hari, atas dasar bahawa bangsa Rohingnya bukanlah warga asal Burma, dan tidak dianggap sebagai warga Burma, Melayu dengan lapang dadanya menerima bangsa lain sebagai saudara dalam Tanah dan Air miliknya. Melayu hanya meletakkan satu syarat, iaitu setia kepada Negeri, Tanah dan Air ini dan tidak lebih dari itu.

Apakah Melayu pernah melakukan kezaliman? Sedang Sekolah Jenis Tamil dan Cina dibenarkan untuk ditubuhkan malahan diberi bantuan lagi sehingga wujudnya Sekolah Jenis Kebangsaan. Tuan carilah dimana pun dunia ini, tidak ada layanan sebaik ini diberikan kepada kumpulan minoriti di bumi ini selain layanan seorang Melayu kepada saudaranya.

Apakah Melayu pernah melakukan kezaliman? Sedang tidak ada satu harta pun dirampas atas alasan kaum dan tidak memihak kepada Melayu. Pernahkah Melayu mengadakan Revolusi Sosial sepertimana yang berlaku di China ataupun Revolusi Sosial di Sumatera, yang mana keluarga bangsawan dan keturunan diraja Melayu dibunuh, dan dihukum tanpa mengira siapa. Apakah Melayu pernah memandang bangsa lain hina dan lebih rendah pada diri Melayu itu, seperti mana yang berlaku di Afrika Selatan?

Apakah hanya membangkitkan hak seperti mana yang telah dipersetujui sejak 1957 itu terus dianggap sebagai seorang perkauman dan asabiyyah? Jangan kita malu untuk mempertahankan hak kita. Jangan kita ragu untuk mengatakan apa yang sememangnya termaktub sebagai hak kita. Jangan kera dihutan kita susukan, akhirnya bukan sahaja anak, tapi kita sendiri yang mati kelaparan.

Ramai anak Melayu mula terpengaruh dengan faham kesaksamaan, yakni saudara senegara yang lain harus juga diberikan hak yang sama rata, kerana alasannya Islam menjamin kesamarataan. Sedangkan konsep ‘equality’ itu hanya muncul setelah timbulnya Zaman Pencerahan dan Revolusi di Perancis. Yakni egalite dan egalitarianism.

Ya, Islam memang menyeru kepada kesamarataan (Musawat), namun hanya dalam ruang lingkup seperti yang diterangkan oleh Mahaguru Hashim Kamali iaitu (i) Kesamarataan layanan dihadapan undang-undang, (ii) Kesamarataan layanan dihadapan Mahkamah Keadilan, (iii) Kesamarataan didalam perkara-perkara pentadbiran Negara seperti cukai, khidmat Negara dan sebagainya.

Dan Adil yang dimaksudkan ialah mengiktiraf perbezaan dan menyantuni perbezaan itu dengan memberikan apa yang sepatutnya. Kerana adil menurut Islam itu ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Dan Aristotle dalam Nicomachean Ethics, bila membahaskan tentang makna keadilan, menjelaskan bahawa keadilan itu ‘to treat equals equally and unequals unequally.’

Maka seorang pemimpin yang adil ialah memberikan apa yg sepatutnya diberikan kepada golongan yang memerlukan, dan bukannya hanya memberikan layanan yang sama rata kepada semua. Melayu memerlukan hak itu untuk menjamin kelangsungan bangsanya, yang selama hampir 500 dijajah. Malah, kesejahteraan bangsa Melayu itu, pada hakikatnya bukan sahaja dinikmati oleh Melayu, bahkan bangsa lain jua. Kajilah Tuan-Tuan sekelian.

NAMUN BEGITU, anak Melayu jangan merasa dirinya bertuah. Melayu harus merasa malu kerana walaupun kita tuan di negeri sendiri, tapi tuan hanya dalam buangan. Kenapa perlu kita bergantung pada payung dan perlindungan, sedangkan ini negeri kita? Kembalilah kepada Melayu yang asali, yang mana Melayu pernah mencipta ketamadunan yang bukan calang-calang hebatnya. Peganglah kata Mahaguru Siddiq Fadzil, Melayu perlu kembali kepada watak dan semangat bahari (kelautan), yang mana sejarah silam Melayu sebagai bangsa pelaut, yang kuat, berdaya tahan, dan berdaya juang, yang tiada pilihan, selain menghadapi dan menakluki gelombang dan taufan dengan sepenuh keberanian dan kekuatan.

Melayu tidak ada cara lain, hanya dengan berubah. Pakailah PAKAIAN YANG DUA PULUH LIMA yang menjadi azimat, pendinding seorang Melayu Islam yang berjaya. (Jika dizinkan Allah Rabbul Jalil akan Hamba huraikan nanti) yakni seorang Melayu itu:

1) Sifat tahu asal mula jadi, tahu berpegang pada yang Satu.
2) Sifat tahu membalas budi
3) Sifat tahu bertenggangan, mati berpegangan
4) Sifat tahu akan bodoh diri
5) Sifat tahu diri
6) Sifat hidup memegang amanah
7) Sifat benang orang
8) Sifat tahan menentang matahari
9) Sifat tahu menyemak, pandai menyimpai
10) Sifat menang dalam kalah
11) Sifat tahan berkering, mahu berbasah
12) Sifat tahu tunjuk dengan beri, tahu hidup bertenggangan
13) Sifat timbang dengan sukat
14) Sifat tahu akan malu
15) Sifat berpada-pada
16) Sifat ingat dengan minat
17) Sifat hemat dan cermat
18) Sifat tahu harta berpunya, tahu pinjam memulangkan
19) Sifat tahu hidup meninggalkan, mati mewariskan
20) Sifat lasak mengekas, tekun mengais
21) Sifat mengulut air setimba
22) Sifat merendah menjunjung tuah
23) Sifat lapang terbuka tangan
24) Sifat berbaik sangka
25) Sifat yang pucuk.

Hamba tidak mahu menutup dengan perkataan lain lagi, cukuplah Almarhum Tongkat Warrant bersuara untuk kalian semua.

Wassalam.

Bagaimakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkah tunduk tersipu-sipu?

Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan,

Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran,

Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan,

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi Tuan di bumi Merdeka

Rujukan

1. Freedom, Equality and Justice in Islam, Prof Hashim Kamali
2. Tunjuk Ajar Melayu, Tenas Effendy
3. Melayu & Islam, Prof. Siddiq Fadzil
4.Ketuanan Islam & Ketuanan Rakyat dari Perspektif Islam, Prof Madya Khalif Muammar A. Harris. CASIS, HAKIM




Monday, February 11, 2013

Bengong : Jangan Tunjuk dekat Orang 2.0



Pengajaran : korek telinga guna putik kapas dulu sebelum anda ke mana-mana majlis.

Thursday, January 31, 2013

Bengong : Jangan Tunjuk kat Orang


 Bismillah walhamdulillah.

Kata orang ; jangan tinggalkan suami dan isteri berseorangan di rumah. Nanti semua mende tak jadi. dan aku tampil melawan arus dengan post kedua sepanjang berkhalwat berdua dengan bini aku sebelum adik aku plan nak datang melawat petang ni. Tapi bukan [kata orang] yang ni aku minat nak habaq kat hangpa arini, tp [kata orang] yang ini ; jika anda bengong, sila simpan sendiri2 sahaja. 


Kalau anda merupakan peminat tegar Utusan Malaysia, tidak dapat tidak, anda akan bertemu dengan berita seumpama ini. kalau ikut taklimat kewartawanan yang pernah aku ikut masa bosan dengar mak aku membebel tak buat apa kat rumah masa cuti panjang dulu, sesuatu akan jadi berita yang baik bila ia berlaku melawan kebiasaan. So kalau kena kejar anjing itu bukan berita, tapi kalau orang kejar anjing, itu berita.

Jadi, andai diikutkan ilmu itu, kalau orang solat jumaat di masjid itu bukan lagi satu berita, disebabkan pakcik ni solat jumaat berimamkan radio, ia menjadi sebuah berita yang hot. Tapi ada beberapa kepelikan yang terlintas kat otak aku bila come out dengan berita macam ni. So aku berminat nak kongsi kat korang.

1) dia ni betul ke tak ahli PAS ? kalau consider daripada usia dia, aku dapat agak dia ni jadi ahli masa zaman PAS yang tengah up pasal kewajiban Usrah at least sebulan sekali. Disebabkan laporan dia ni PAS tegar, takkan lah dia bengong sangat sampai nak solat jumaat sengsorang, bila ahli Usrah dia yang lain pergi masjid? Takkan lah dia tak tanya naqib dia dulu bila dia decide untuk solat pakai radio? Tegar amende macam ni kalau tak ikut cakap naqib? puii!

2) kalau dia betul berimankan dengan amanat Hadi tu, dia tak consider ke yang imam yang dia ikut dengan radio tu mungkin je lagi UMNO banding dengan ustaz kampung dia kan? Tambah2 radio biasanya akan live daripada Masjid Negara, apa dia ingat Masjid Negara punya imam ni tak kena saring dulu ke apa? takkan lah PAS Kawasan dia tak wujudkan masjid proksi? yang akan jemput pimpinan PAS bagi taujihat, bagi tazkirah, bagi khutbah, bagi ceramah? pastu, amende ke bengongnye dia tak pergi je solat kat Masjdi proksi PAS tu? takkan ahli tegar PAS yang ni tak pernah dengar masjdi ni masjid hijau, surau ni surau biru?

3) bengong yang ketiga ni berkait rapat dengan ketaksuban peribadi dia. kalau dia ahli PAS, dia sepatutnya reti bahasa bahawa Quran Sunnah adalah perlembagaan tertinggi PAS. sama ada dia tak pergi kelas KAFA petang2 dulu, ataupun dia skip Ijtimak Tarbawi slot Ibadah, yang jadi faktor dia tidak ada pengetahuan pasal solat jumaat ni tak sah kalau tak cukup 40 orang berjemaah. kalau contohnya memang ada 39 orang kawan2 dia yang lain turut berimamkan radio, apasal pulak media pencacai Utusan tak guna ruang ni untuk amik isu ni smash habis PAS? kalau orang UMNO 70 berdemo pasal air Kelantan pun depa boleh kata 700, lagi lah kalau ada 40 orang yang semayang jumaat guna radio sebab amanat Hadi kan? haiyaaa.

4) kesanggupan dia untuk dapat habuan dunia sikit untuk menyerlahkan kebangangan dia dengan reveal cerita ni ke seluruh Malaysia, tambah2 dengan ada internet, tersebarlah sampai seluruh dunia. dan dia menjadi muka yang dikenali sebagai orang bodoh solat jumaat 

 pakai radio. hadoi. tak fikir awal2 macam ni ke pakcik -____-"
 

ni sekadar apa yang terlintas kat kepala, and sekadar pemberitahuan kat amin yang takde kat Malaysia sekarang. so aku rasa bertanggungjawab nak bagitahu dia. aku takde niat nak guriskan hati pencacai yang dah percaya bulat2 kepada utusan, pakcik sekeluarga, apatah lagi wartawan yang temuramah dan buat berita ni.

aku positif yang pakcik ni sekadar jadi mangsa je kepada media spinner, dan kami di sayabudakmelayu melahirkan sedalam2 simpati.  bagi pihak aku, sumpah aku menunggu UMNO boleh heret pakcik ni ke pentas2 ceramah, bagi dia slot masa Perhimpunan Agung ke, arak pergi seluruh Malaysia ke, waaaaaaa. mesti episod ni akan jadi makin best kan? kahkah.
 

ini conclusion, [sila rujuk tajuk].

sekian, wallahua'lam.

Thursday, January 24, 2013

bukan hari biasa, bro


Bismillah walhamdulillah.

disebabkan para admin termasuklah self-claimed ketua sekarang sama-sama dirasuk kemalasan. biarpun tak dapat elaun sara hidup, SOCSO, tak dapat royalti, apatah lagi BR1M, tetapi memikirkan amanah berat yang tergalas kat pundak bahu, aku rajinkan diri jugak update walaupun aku pun tak sure blog ni ada orang baca tak lagi. hahaha. aku harap rapik akan lebih rajin promote lepas ni. 

arini ari khamis. siang khamis sunat potong kuku, dan malam khamis bukan setakat sunat berjunub je, tapi jugak sunat kita baca al-Kahfi. tapi arini bukan ari khamis biasa. sebab arini khamis yang merangkap 12 Rabiulawal. 12 Rabiulawal ni pulak bukan tarikh last boleh apply bantuan TEKUN 1Malaysia. dan bukan jugak tarikh first anda boleh cium pipi awek.

ehem ---

today is Rasulullah's birthday.
merangkap kekasih Allah.
merangkap Rasul terakhir untuk ummat manusia.
merangkap orang yang kita nak rayu syafaat nanti.

Maulud Nabi ni bukan setakat kita pakai baju seragam ramai2. then berarak keliling kampung. selawat sampai habis suara dalam tekak. pastu lepas sebat mihun kat dewan, lesap masa ustaz tengah pengisian. balik umah bantai tidur, miss Zohor, Asar pun 'selamat' jugak. ini adalah sambutan versi kita.

point to ponder --

Rasulullah tak harap pun kita ni sambut birthday dia beria sampai macam tu, kalau sunnah peninggalan dia langsung tak tempat dalam hidup kita sehari. Rasulullah tak harap pun kita ni konon 'menyambut' birthday dia, sampai nak kena order baju melayu kaler pink untuk semua staff jabatan, semata2 untuk menang group perarakan terbaik.

Rasulullah tak hadap pun kita ni menjerit2 konon semangat selawat, sambil pakai kain terbelah nak tunjuk betis aku ni warna putih, sambil jambul nampak sikit depan tudung semata nak bagitahu saya tak warnakan rambut saya. kalau baju tu nipis sampai boleh nampak bentuk geometri body, sila balik layan suami nescaya lagi ada manfaat.

hoi. malu kat orang oii ----

cuba cek masing2. berapa banyak amalan sunnah yang kita tahu. ada sampai seratus tak? pastu cek pulak. berapa banyak dah yang kita dah amal? berapa banyak yang kita dah tinggal? kalau setakat tahu kena kencing mencangkung tu, mohon google lagi lah kot. ye tak?

semoga Rasulullah mengaku yang kita ni umat Baginda di saat semua orang sesak tunggu kat Mahsyar nanti.
semoga Rasulullah bagi syafaat Baginda kat kita, sebab setakat nak harap amalan kita nak claim syurga, hampeh-lh jawabnya.

salam alaik ya habiballah.
sollu al'an Nabiyy.

Allahuma solli a'la Muhammad.


pengarang : pokjat. 

Thursday, January 03, 2013

tahun baru lah sangat kan?

gemuk? hodoh? jangan risau dulu.

Bismillah walhamdulillah.

Kalau ikutkan hati. aku malas sangat dah nak terus menulis.
Tapi nak buat camane. batu keras pun kalau air menitik pun boleh lekuk jugak.
Ni kan hati aku. mahu tak lunyai?

Fine --

Hidup kalau sekadar untuk hidup. babi kat hutan hidup jugak.
Hidup kalau sekadar untuk mengawan. babi kat hutan mengawan jugak.

honestly speaking.
pernah tak kita ni duduk sekejap. dan fikir.
apa yang dah kita buat selama kita diberi peluang untuk hidup sampai saat ni?

and kalau lah Allah yang selama ni dok usha kita.
whatsapp Izrail untuk tarik nyawa.
mana tempat kita kat sana nanti?

syurga?
ke neraka?

tariknafas. lepasnafas---

em, nilai-lah amalan sendiri ye dop?
 
dah putus nafas nanti. habis-lah waktu untuk kita bekerja.
dan waktu untuk dinilai dan dibalas bermula.

pernah kita bayang syok kena palu mungkar wa nakir camane?
pernah kita bayang dua rusuk berserigai rasa nikmat camane?

orang kena sebat atas dunia ni pun terberak-berak bro. 
sendiri mahu ingat lah ye dop?

esok2 dah nak kawin. main. dapat anak.
tak gheti lagi nak sedar diri?
mohon sama2 beringat lah deh.
sebab bukan sehari nak mati tu dapat mesej kat hp bagitahu esok kita mati.
so, boleh lh nak rasa jemaah kat musolla, tiup habuk-belek-merangkak baca Quran.


moga Allah kesian kat kita.
sebab kita bodo. sebab kita dok reti.
sebab kita dok nampak peringatan Allah bagi sana sini.


#peringatan untuk aku sendiri : admin yang dah berbini.  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...