Friday, July 22, 2011

Siapa itu Melayu?



Orang Melayu berbadan pendek, gempal dan tegap, rambutnya lurus dan hitam, warna kulitnya gelap, hidung dan bibirnya agak tebal, matanya cerdas dan cerdik. Biasanya dia bersifat baik hati, gerak gerinya sopan dan senang berbicara. Orang Melayu tidak pernah menikus, tetapi dengan orang yang tidak dikenalinya dia agak pendiam dan agak curiga, walaupun tidak ditunjukkannya. Dia seorang yang berani dan amanah didalam menjalankan tugas, tapi dia juga bersikap suka berbelanja, suka meminjam wang, dan lambat pula membayarnya. Dia petah bercakap, berkata-kata dengan kiasan dan ibarat, suka menggunakan peribahasa dan kata-kata pujangga, suka berkelakar dan suka benar dengan jenaka. Dia mengambil tahu hal ehwal jirannya sebab itu juga dia suka bercerita tentang hal orang. Dia pengikut Muhammad dan percaya pada takdir, tetapi dia juga percaya kepada tahyul. Dia tidak pernah meminum sebarang minuman yang memabukkan, jarang-jarang sekali menghisap ganja. Tetapi gemar berjudi, menyabung ayam dan permainan lain seperti itu. Dia semula jadinya suka bersukan, pandai menangkap dan menjinakkan gajah, nelayan yang mahir dan sungguh cekap dengan perahu. Tetapi yang terutama sekali, dia seorang yang konservatif, bangga dan cintakan tanah air dan rakyatnya, memuliakan adat resamnya, takut pada rajanya, dan menghormati pihak berkuasa. tetapi ia mencurigai semua jenis pembaharuan dan akan menentang apa-apa pembaharuan yang dipaksakan ke atas....

-Sir Frank Swettenham,-

Cukup rasanya blog ini membincangkan berkenaan politik dan BERSIH. Kalau tidak kepada rakan yang lain, mungkin pada si penghikayat sendiri sudah merasa muak dan mual bila berbincang isu politik. Perkara yang sama akan didendangkan, isu yang sama akan dimainkan, dan tidak ada sebarang penyelesaian tapi hanya caci makian, tuduhan dan menghina merendahkan martabat satu sama lain.

Sudah tiba si penghikayat kembali ke topik dan tugas hakiki dalam SayaBudakMelayu ini. Menceritakan dan mencelikkan semula anak bangsa kepada mengenal pada diri sendiri mereka.

Siapa itu Melayu?

Bila pengasas blog ini meletakkan tajuk blog ini sebagai Saya Budak Melayu, timbul persoalan pada si penghikayat (selain mempertikaikan kenapa diletakkan Saya dan bukannya Kami kerana blog ini adalah gabungan dan berasaskan penulisan beberapa anak ‘Melayu’ dan bukannya pengasas blog seorang). Mampukah si penghikayat tergolong dalam definisi Melayu (si penghikayat berdarah Melayu Brunei + Hindi Mughal dan Hindi Bihari di sebelah bonda dan Melayu Pahang + Bugis + Turki di sebelah ayahanda).

Sila angkat tangan jika anda mengaku bahawa darah anda adalah Melayu Sejati! (Nota: Bugis, Minang, Rawa, Banjar bukan Melayu yang seperti anda sangka selama ini sebagai Melayu!). Jawapannya, hampir mustahil melainkan anda adalah Melayu Proto (Orang Asli) ! Kerana Melayu pada hari ini adalah campuran dari pelbagai spesis kaum-kaum dan bangsa-bangsa dagang yang datang ke Suvarnabhumi yang mewah ini.

Jadi, atas kapasiti apakah kalian mengaku bahawa kalian adalah Melayu?

Ilmiahnya, terdapat pelbagai istilah dan definisi yang telah diberikan oleh cendikia dan ilmuwan berkaitan Melayu. Ada yang mengaitkan Melayu itu sebagai satu bangsa yang begitu luas dan besar sifat alamnya, sebesar dari negeri Madagaskar di Afrika sehinggalah di kepulauan di Lautan Pasifik. Ada yang menyifatkan Melayu itu sebagai yang terdiri daripada bangsa yang menduduki di Selatan Thailand, Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Brunei, sebahagian dari Kalimantan, Kepulauan Riau sahaja dan berjumlah dalam linkungan 16 juta orang semuanya. Dan ada pula yang melabelkan Melayu itu dari sudut perlembagaan seperti mana di Malaysia dan Brunei, yang mana bangsa Melayu menjadi bangsa dominan dan bangsa yang memerintah. Dari sudut nasionalisme pula, Melayu di Malaysia pula dilabelkan sebagai mana-mana serumpun yang berasal dari Kepulauan Melayu ini. Manakala di Indonesia pula, Melayu tidak lebih dari salah satu ras yang terdapat dari beratus ras yang wujud dan senyap di republik itu. Di Filipina pula, definisi Melayu pula lebih bersifat novelistik dan idealistik, yang mana Melayu itu adalah satu bangsa yang menginap di kepulauan Asia Selatan ini tanpa sebarang pengkhususan. Oleh hal itu, yang mana seharusnya menjadi definisi yang perlu digunakan untuk disifatkan sebagai Melayu?

Di dalam Perlembagaan Malaysia, disebut Melayu itu seperti halnya didalam Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan. Tiga unsur keramat yang perlu ada untuk seseorang itu disifatkan Melayu ya’ni:

(a) Berugama Islam

(b) Berbahasa Melayu

(c) Memegang (mengamalkan) adat dan budaya Melayu

Definisi yang sama turut dilaksanakan di Brunei Darussalam walaupun tidak mempunyai peruntukan yang khusus sepertimana di Malaysia. Namun begitu, definisi Melayu ini diperteguhkan lagi dengan doktrin Melayu Islam Beraja yang menjadi asas kepada rukun kenegaraan di negara kesultanan tersebut. Persoalannya, mampukah definisi yang berbentuk dan bersifatkan tinggalan British ini menjadi satu tanda aras untuk definisi Melayu?

Meninjau dan mengkaji Melayu itu sememangnya sukar. Sesukar untuk mencari kata akar untuk perkataan Melayu itu. Jawa mengaku bahawa Melayu itu asalnya dari perkataan pelarian. Si penghikayat teringat kepada kisah seorang sahabat di Indonesia yang berasal dari Pekan Baru, Riau. Ditakdirkan Allah, ketika beliau melawat sebuah perkampungan di pinggir Jakarta, seekor babi melintas dan terlepas dari kandang. Seorang orang kampong telah menjerit ‘Babi Melayu! Babi Melayu!...’ di hadapan sahabat tersebut. Apa lagi, ditumbuknya orang kampung tersebut kerana menyangka dia dihina! Rupanya, setelah menyebabkan satu gigi orang kampong tersebut patah dan hidung berdarah, barulah dia paham bahawa orang kampong tersebut tengah mengajar babi peliharaan yang lari dari kandang!

Perempuan Merina di Madagaskar. Lihat paras rupa yang hampir menyerupai Melayu di Tanah Melayu pada kurun ke 19 dan awal kurun ke-20

Perempuan Melayu pada awal kurun ke 19.Bangsawan dari Johor. Perhatikan persamaan paras rupa dengan Perempuan Merina diatas.

Bangsa Melayu di bumi nugara Malaysia ini sering terikat pada definisi yang telah direka dan ditafsirkan dan disempitkan oleh penjajah British. Melayu itu diperikan seperti diatas itu punya 3 nilai keramat, Melayu itu hendaklah Islam, mengamalkan adat dan budaya Melayu dan berbahasa Melayu.

Jikalau Islam adalah pra-syarat untuk menjadi Melayu, ini bermakna hampir separuh yang didefinasikan Melayu oleh mereka yang beranggapan Melayu itu dari Madagaskar di Lautan Hindi sehinggalah kepulauan di lautan Pasifik itu tidak layak untuk diiktiraf sebagai Melayu, walaupun mempunyai unsur-unsur dan kaitan Melayu yang sungguh kuat. Ini kerana hampir 90% orang Merina dan orang Filipina itu berugama Kristian, ugama yang dibawa dan dipaksakan oleh penjajah keatas mereka. Bahkan, di sesetengah di Indonesia, ‘masuk Melayu’ itu sendiri ditafsirkan sebagai masuk Kristian! [Understanding Melayu as a Source of Diverse Modern Identitities, Reid, Anthony 2001,The Malay, Anthony Milner 2008]. Bahkan, di selatan negara, Singapura, Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu itu sudah menjadi satu dogma yang tidak lagi releven. Ini kerana sudah terdapat Melayu yang pada masa yang sama berugama Kristian. Jadinya, agama seseorang itu bukanlah penentu ke-Melayu seseorang jikalau mereka-mereka ini mahu digelarkan Melayu sepertimana yang diidamkan oleh beberapa sejarawan dan antropologis Melayu.

Mengamalkan budaya Melayu merupakan identiti dan pra-syarat kedua seperti mana terkandung didalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Penulis dan pengkaji Melayu, Anthony Milner pula mempertikaikan apa yang dimaksudkan sebagai mengamalkan adat dan budaya Melayu itu. Budaya dan adat itu bersifat lokal atau setempat. Untuk mendapatkan persamaan didalam budaya itu adalah sesuatu yang sukar didalam masyarakat yang berasaskan kesukuan dan setempat seperti Melayu. Masyarakat Melayu Cape contohnya, telah diresapi budaya ke-Araban dan Afrika. Melayu Ceylon/Sri Lanka pula terpengaruh dengan budaya budaya setempat dan unsure-unsur budaya mula menghilang. Pakaian yang merupakan antara simbol dan lambang kebudayaan sesuatu bangsa pula lain mengikut keadaan setempat. Melayu Cape mula beradaptasi dengan pakaian kolonial dan mula meninggalkan pakaian kebangsaan Melayu. Tidak bersampin, berbaju Melayu cekak musang dan perempuan dengan Baju Kurung. Melayu Sri Lanka juga mula menyesuaikan pakaian itu yang lebih berbentuk Islamik dan berbudaya setempat, iaitu dengan memakai pakaian tok siak dan berkain pelikat.

Pakaian Melayu Cape. Pakaian Tarbus lebih berbudaya Turki/Arab dari ke-Melayuan.

Berbahasa Melayu kompenan terakhir pra-syarat untuk menjadi Melayu. Sungguhpun terdapat persamaan antara bahasa Melayu yang diamalkan oleh Bahasa Melayu diamalkan di Indonesia dan Malaysia (termasuk Brunei, Singapura dan Selatan Thailand) keupayaan berbahasa Melayu di sesetengah ‘Melayu’ mula terhakis. Selatan Thailand, Melayu Pattani lebih selesa berbahasa Thailand daripada berbahasa Melayu, hasil penjajahan dan pengasimilisasian yang dilakukan kerajaan pusat Thailand. Begitu juga dengan ‘Melayu’ di Cape, dan Sri Lanka.

Penggunaan Bahasa Melayu sebagai lingua franca juga antara penyebab kenapa berbahasa Melayu sebagai pra-syarat kepada kemelayu tidak boleh diterima sebagai sebab yang menyebabkan seseorang itu diklasifikasikan sebagai Melayu. Penggunaan secara meluas Bahasa Melayu menyebabkan kaum-kaum bukan Melayu menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa Ibunda mereka. Di Indonesia, kaum Tionghua (Kaum Cina) sudah mula meninggalkan bahasa Mandarin atau kantonis dan hanya berbahasa Melayu ( Bahasa Indonesia) namun tidak pula boleh dikatakan dan diklasifikasikan sebagai Melayu. Jakun, Temai, dan puak Orang Asli yang mula berbahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan dipertuturkan di rumah. Adakah itu menjadikan mereka sebagai Melayu sedangkan mereka sendiri tidak pula mengaku Melayu?

Jikalau terma Melayu itu terdiri dari mereka yang berasal dari Kepulauan Melayu/ Austronesia ini dan berhijrah sehingga tersebar dari Madagaskar di benua Afrika sehingga Kepulauan Pasifik, ternyata ketiga-tiga elemen/prasyarat ini tidak boleh terpakai dan terhapus.

Makanya, siapa itu Melayu sebenarnya?

Perbincangan diatas sekadar satu permulaan. Setiap perbincangan dimulakan dengan persoalan. Makanya, si penghikayat mempersoalkan secara terbuka kepada semua, semua anda yang membaca ini dan menjawabnya. Jikalau tidak mampu menjawabnya, fikirkan secara mendalam. Siapa anda sebenarnya yang selama ini mengaku sebagai Melayu?

Persoalan ini kita jawab pada perbincangan akan datang. :)

Artikel akan datang:

i) The Great Malayan

ii) Melayu Mahawangsa

iii) Melayu itu Islam?


Aku Melayu: Atintya Aryamehr

U hav no idea how people can be so pathetic..


u hav no idea how people can be so pathetic..

rsenye dah lame aku xrase ksian kt org lain ni, :p tp bru2 ni, timbul perasaan kasihan yg amat mndalam dlm hati dan sanubari aku.. perghhh.. serius kesian bile tngk fikiran sempit xsecocok dngn luas bdn..

nk djadikan cerita atas cerita yg dah terjadi,, korang ptot tau, kalo korang tau, atau korang dah amek tau, (sepatotnye korang kne amek tau :p) yg bru2 ni seorang yg layak digelar 'pejuang' telah pergi meninggalkan dunia ni slame2nye,,, maka, atas cerita tersebut, terjadilah cerita yg genre atau temanya lebih sesuai aku kategorikan sbg kesian... kesian... kesian... kesian.. (teringt crite madu 3 :D )

suatu pagi d sbuah kilang yg tenang pg tu :p, perbualan bermula dgn tersebarnya berita 'peninggalan' tersebut di dada2 akhbar, sedang rancak berbual lagaknye mcm dah lame knal 'pejuang' tersbut, klimaks perbualan tersebut timbul atas 1 soalan dr yg bertanya,,

" awk xpergi tngk jenazah ke..?"

ok,.. mcm yg korang tau sbb aku da bgtau awal2 lg, dsbbkan genre crite ni ialah 'kesian', maka ending crite ni pon pastinye kesian dsbbkan jawapan yg diberikan layak untuk dikesiankan...

"x, saya bukan org PAS.."

huh? otak aku mcm terkesima sbb x terexpect utk dngr jwpn jnis mcm 2... nk ckp pnjg lebar, aku tau aku xlayak,, tp sekurang2nye sile hargai akal yg dah ade spaye jgn tnjuk sngt sempit akal 2.. aku rse kalo tnye bdak darjah 3 pon,, jwpan yg dorang akn ckp ialah..

"x knal lar org 2, nk pg mcm mne,,," xpon.. "die bkn knal aku pon"

serius, aku x ksian kt jwpan mcm 2 tu, sbb jawapan 2 mmg jujur.. tp ksiannya tngk ko bile sume bnde dlm zaman ni ko nak politikkan.. best sngt ke politik ni? (aku ngaku aku x minat dan xterniat utk join politik 1 ari nant :p) aku xtau lar plak skrg ni mmg trend mcm 2,,, nk handle ke, nk ziarah jenazah ke, kne tngk dlu org 2 parti ap.. pathetic???

kalo mcm 2 lar gayenye, pastikan penduduk tman perumahan anda, serta ahli kluarga anda adlh penyokong parti yg same jika anda ingin ad yg menguruskan dan menziarahi anda nant.. :p

as usual, from my neutral view.. (hope so :p) , stiap org mmg berhak untuk join mne2 parti politik atas ap jua alasan dan sbb ko utk join.. aku faham.. tp bile parti yg di join 2 dah ko sanjung bgitu rupe skali.. haih,,, ksian.. ksian,,, ksian,,,

p/s: wlaupon ko mnjawb dgn muke yg serius, aku hrp ko bgurau.. sbb dgn pgkat dan gaji ko yg lg tggi dr pekerja yg kononnye bwahan ko, xsecocok ngn jwpan sempit mcm 2,, bukan pegangan politik yg jd persoalannye dlm crite ni, tp jwpan ko mnimbulkan psoalan dan prsaan ksian.. wlaupon parti berbeza, sile lihat dr pandangan berbeza, sbb agama kite sama...















Wednesday, July 20, 2011

*bila polis Malaysia nak jadi mcm ni? :(*

Bismillah walhamdulillah.

Pasca Bersih. aku xd mood sgt nk tulis.
mungkin sbb emosi aku lg menguasai diri.
bila tgok org kena sepak muka depan mata.
x ke boleh jadi entry mencarut klu aku tulis awal2? :D

so skrg. emosi dh stabil sket.
walaupun. dkat FB ada lagi makhluk2 yg x faham.
xplh. moga Allah x suntik 'putus-asa' dlm hati sudah.
part aku. explain je lh apa yg aku tahu.
pasal dia nak msok kn dlm kpala k x. 2 part Allah.
so aku xd hak nk masuk campur.

banyak org cakap polis jahat.
klau dkat group2 FB. mmg polis dh jd makhluk paling durjana kt muka bumi.
cam biasa. aku x amik port sgt.
ad lh jugak makhluk2 yg back-up polis.
konon2 2 keje diorang.
diorang just dpt arahan.
diorang nak cari makan jugak.
bla bla bla bla.

lepas ni. sila jgn tgkap pelacur.
2 j lh kn keje diorang?
kn diorang dpt arahan dr bapak ayam jgk?
dioang trpaksa buat mcm 2 sbb nk carik makan utk fmily jgk kn?
kn 'betul' apa diorang buat? apsal nk halang?

aku x amik port sgt kutuk2 polis.
sbb aku percaya.
ada lagi polis yg bagus kt Malaysia nih.
tp polis bengap pun ad jugak.
so. xperlulh sbb polis bengap, kita kne anti dgn sume masy polis kn?

klu org lain x suke polis sbb diorang jahat.
aku x suke polis sbb diorang taat sgt pd arahan smp ketepikan fikiran.
selautan org datang 2, seyezly x kan harm kn keadaan klu polis pandai kawal keadaan.
polis kawal r jalan.
polis pegi r tumbuk rusuk orang yg cetuskn huru hara.
tp xkan polis nk tumbuk rusuk polis sendiri kn? :)

aku bukan anti polis 100%.
tp aku yakin polis Malaysia perlukan sedikit perubahan.
n dlm bab demonstrasi aman mcm Bersih baru ni.
klu x dpt jadi mesra penunjuk perasaan pun xd hal bang.
tp apa salahnya kalau abg mesra kt orang2 awam?
kn lg syok buat keje bila org respek abg?

n aku tingat mak aku pesan masa aku kecik2, balun adik2.

"ingat orang takot (hormat) lh kalau katok2(pukul) orang gitu? koho(makin) benci ada."

n aku bagi ayat ni kat abg2 polis jugak.
simpan. skru kn dlm kepala.

may Allah bless.

p/s : biasanya polis muda2, n polis yg baru jd polis j yg kerek2 ni. klu polis yg 'belajar' or dh org lama. xd r dorang over sgt. (biasanya lh :D )

Monday, July 18, 2011

Al-Fatihah.


Semoga roh Almarhumah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama para pejuang dan soleh solehah..
Amin..

Friday, July 15, 2011

Mata yg memandang, xsmestinya melihat..


Pepatah nenek moyang ad mngtakan, dr mata trun ke hati.. mnunjukkan bhwa pnting nye mata dlm mentaksir dan mentafsir kan ssuatu sblum ia trun ke hati. Namun, mata yg boleh memandang, xsemestinya mampu melihat, krane blum tentu ap yg terlihat dan dperlihatkan itu akn dilihat, apatah lg pd mata yg mampu, tetapi tdak ingin melihat.

Sejauh mane mata kita mampu melihat tdaklah diukur dgn jarak setinggi langit mahupon jarak sedalam lautan, tetapi sejauh mne kita ingin melihat, serta mampukah kita melihat agar tdak skadar memandang semata-mata.

Bgurulah dgn binatang, katak d bwh tempurung, lembu dcucukkan hdung, Jgn spt katak yg tdk lgsung ingin melihat, jgn spt lembu yg hanya melihat atas ap yg org mahu kita lihat, , tp jdlah seseorang yg hendak mmandang dan ingin melihat..

Benar, ianya tdak mudah utk tdak skadar mmandang smata2.. seiring usia yg memampukan kita utk melihat, pelbagai medium perantaraan antara manusia dan dunia diperlihatkan kpd kita. Namun, dgn arus zaman kini yg kononnya penuh ketamadunan dan kemodenan, ternyata ketamadunan itu lebih indah khabarnya dr rupa.. dimana ketamadunan dan kemodenan yg dibangga2 pabila wujud segelintir medium perantaraan yg fungsinya lebih kpd pendusta, drpd perantara. Dan pabila kita gagal melihat, tersembunyi lah kbenaran yg kononnya tdak dpt dsembunyikan.

Bnar pndangan mata itu slalu tertipu, tp bukalah mata agar tdak trus tertipu dek pendusta yg bijak membelit dan memutar kata. Bukalah mata, tdak skadar memandang, tetapi melihat..

P/S:, Dan sesungguhnya post ini dikarang, stelah mlihat masih rmai yg blum membuka mata, stelah mlihat masih rmai yg melihat ats kaca mata pendusta, stelah mlihat kkecewaan thadap media yg kini bnyknya berdusta dr mnjadi penyampai cerita, dan pastinya.. untuk mereka2 yg ingin melihat, dan terus melihat dr sudut yg berbeza2..

Masih WAYANG yg sama, BERSIH kan mata anda, sbb TAYANGAN blum abes kt luar sana... ;)

Wednesday, July 13, 2011

Kemungkinan-kemungkinan besar kenapa Brahim tak turun time BERSIH

Masa BERSIH 2.0 tak kelih pun walaupun sedikit kelibat si Brahim ni.



Jadi beberapa kemungkinan yang berlaku:

1) Brahim sekadar seorang yang hanya "sembang kencang".

2) Pagi2 dah bersiap semua dah, enjin kereta dah siap panas dah. Breakfast pun dah makan. Bertolak lah pi tempat berkumpul geng2 dia ni. Tengok2 dia sorang ja yang mai. Mana brani sorang2 bro. Cancel, balik rumah stream tgk BERSIH live je lah.

3)Pagi2 dah bersiap semua dah, enjin kereta dah siap panas dah. Breakfast pun dah makan. Bertolak lah pi tempat berkumpul geng2 dia ni. Mai2, cukup satu team futsal ja. Apa lagi, sports planet lah tempat tujunya.

4) Pagi2 dah bersiap semua dah, enjin kereta dah siap panas dah. Breakfast pun dah makan. Bertolak lah pi tempat berkumpul geng2 dia ni. Kumpul2 semua pastu mulalah berarak kononnya nak bertembung dengan geng2 BERSIH. Tengok2, beliau semput ditengah jalan. Patah balik, balik rumah. Inhaler tertinggal dekat rumah.

5) Semput punya pasal, decide naik KTM. Tapi apakan daya, asyik2 full. Putus asa.

6) Overslept lah pulak.

7) Baju untuk geng2 depa tak sempat siap cetak. Maklumlah, order dari Rantau Panjang. Gred AAA thailand punya.

8) Ada kenduri kawen la pulak.

9) POLIS KATA JANGAN!

10) Dia turun bai. Sebenarnya dia turun. Sapa kata dia KECUT? Tapi apakan daya, hujan turun. Dia transform. Henshin! (faham2 lah jadi ape)

Saturday, July 09, 2011

Picture-Bersih 2.0


KAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAH!!!

pic by fidzzack 
very nice bro.

‘Pengotor’ kah ‘Pembersih’ itu?


Bayangkan, Pd suatu hari..burung2 pon bkicauan, ad yg bkerje, ad yg bgembire... dan ko pon bjlan2 bsuke ria.. then, ko tnmpk ad sorang mamat ni sdang asyik dan nikmat mengorek hidungnye.. tettt... ap yg korang akn pkir psl mamat ni? ;) “pngotor pnye org...”, “ee... geli aku tgk mamat ni..”, “hish.. xtau malu ar mamat ni..” dan pemikiran yg seangkatan dgnnye .. kan? :p

Soalan aku untuk ko.... adakah mamat 2 seorang pengotor?

Dgn berbagai2 perspektif dan pmikiran ko thdap mamat 2, tlebih dahulu haruslah dikaji nape mamat 2 korek idong die.. dan untuk pengetahuan mereka2 yg xpernah mengorek hidung, :p adlah sebab musabab serta tujuan murni mamat 2 mengorek hidung sndri ialah krane mamat 2 ingin mmbersihkan dan menyucikan hdung die dr sgale najis2,habuk2 serta hama2 yg menyelaputi, memenuhi, dan menumpangi rongga serta ruang kosong hidung mamat 2. :D

Maka... By looking on different perspective, wajarlah aku katakan mamat 2 adlah seorang pembersih,. ;)

Dan 1 lg, adakah kerane mamat 2 mmbersihkan hdung die dihadapan ko mahupon di khalayak ramai membolehkan dan menyebabkan korang kate mamat 2 x layak dpanggil pembersih atau dilabelkan sbg pengotor..

Maka... by looking on different perspective, wajarlah aku katakan mamat 2 adalah seorang pembersih yang berani,. ;)

Jadi, andai lah ko terjumpe mamat ni btol2, agak2nye..ap yg korang bwt ek? Mesti ko geli ngn mamat ni kan, xpuas hati ad.. menyampah ade.. kalau ko power or ad power, mst ko da sound mamat ni kan, n kalo ko lg power, mst ko da halang mamat ni dr bwt mcm 2 kn? Yela.. mamat 2 kn dah mencemarkan dan mengotorkan pemandangan mate ko,,

Maka.. by looking on different perspective, wajarlah aku katakan ko telah menghalang mamat 2 dr mnjadi seorang pembersih yg brani, ;)

Kemudian, dgn bjayenye ko mghalang mamat 2.. sharusnye ko merase bangga sbb ko telah melakukan 1 kebaikan iaitu dgn mengelakkan dr berlakunye kekotoran yg boleh menghodohkan pmndangan mate ko, atau merosakkan imej kawasan kejadian tersebut... tahniah ek..

Maka.. by looking on different perspective, wajarlah aku katakan ko adalah seorang pengotor yang tidak sukakan pembersih.. ;)

Hm.. npe ek aku ckp mcm 2.. Ko rase mamat 2 pengotor? Merosakkan view ko? Merosakkn imej manusia pembersih mcm ko? Maka, Dengan perspektif ku yg berbeza, oh tidak..ko adalah seorang pengotor. Ko anggap ko adlh seorang pembersih, tetapi bgku ko adlh pengotor yg takotkan kbersihan. Tiadalah terhasilnye kebersihan itu tnpa membuang kekotoran, tetapi dgn terhalangnye kebersihan itu, secare langsungnye mnunjukkn yg ko lebih suke brade dlm kekotoran. ;)

p/s: cerita ini tiada kene mengene dgn yg hidup mahupun yg telah mninggal dunia, apatah lg berkaitan isu semasa.. :p post ini khas ditaip pada tanggal 9 julai 2011 bagi mereka2 yg ingin melihat dan menilai kebersihan dari sudut yang berbeza. ;)

Wednesday, July 06, 2011

Wordless Wednesday #2

Wordless Wednesday

Aku taktau sangat signifikan Wordless Wednesday ni.Yang aku tau ada segelintir penulis blog meletakkan polisi tiada post bertulis pada hari Rabu,yang ada cuma gambar since 'a picture says thousands words'.

Tak kisah la apa pun.Sejujurnya,aku malas.Maka polisi ini akan diguna pakai,dan kebarangkalian aplikasi polisi ini pada hari-hari lain selain hari Rabu juga agak tinggi.


Tuesday, July 05, 2011

RINGKASAN 2: KEBEBASAN






AMARAN: HANYA UNTUK MEREKA YANG MAHU BERFIKIR.


1. Kebebasan ditakrifkan sebagai suatu keadaan yang tiada paksaan. Kebebasan boleh dilihat dari segi sejauh mana seseorang itu mampu untuk melaksanakan kehendak mereka berdasarkan keputusan sendiri, tanpa sebarang pengaruh luar yang memberi kesan kepada kehendak tersebut.

2. Aristotle merupakan antara filsuf terawal yang membicarakan tentang konsep kebebasan, yang akhirnya dibincangkan dan diperdebatkan oleh para pewaris filsuf selepasnya. Manakala konsep yang diasaskannya pula lebih berbentuk siasah/politikal yang mana timbullah akhirnya apa yang disifatkan olehnya sebagai kebebasan semulajadi ataupun semulajadinya bersifat hamba. Akhirnya, hasil dari konsep tersebut diatas, muncullah apa yang ditulis oleh Isaiah Berlin,’ Ini adalah kebebasan, sebagaimana yang difahami oleh kaum liberal di dunia moden sejak dari Erasmus sehinggalah hari ini.’

3. Masalah utama didalam membicarakan konsep kebebasan ini ialah tahap hadnya. Persoalan pokok yang perlu dijawab ialah, pada titik manakah kebebasan seseorang bertembung dengan kebebasan orang lain? Disinilah terletaknya Kontrak Sosial yang sebenar, yang dilaung-laungkan di negara kita dan kononnya menjadi batu asas kepada penubuhan negara bangsa Tanah Melayu dan akhirnya Malaysia.

4. Membicarakan tentang Kontrak Sosial, tidak dapat tidak nama Friedrich von Hayek akan terpacul dan tergambar di fikiran yang mana bertanggungjawab memperkenalkan Perlembagaan Kebebasan. Menurut beliau, Perlembagaan Kebebasan adalah perjanjian asas didalam masyarakat manusia yang mendefinisikan batas-batas kebebasan. Kekerasan (undang-undang) pula hendaklah diletakkan di tahap yang seminimum mungkin dan boleh diterima (akal) yang bertujuan sebagai suatu bentuk pengekangan kebebasan tersebut.

5. Pun begitu, kebebasan mutlak adalah anarki. Konsep anarki akan wujud didalam setiap konsep kebebasan yang diperjuangkan. Justeru itu, untuk mewujudkan dan membumikan maksud kebebasan yang sebenar, perlunya kebebasan itu diperlembagakan. Dan antara cara kebebasan itu diperlembagakan ialah dengan kewujudan kerajaan sivil.

6. John Locke berkata: Kerajaan sivil perlu untuk mewujudkan kebebasan. Tiada kebebasan yang nyata tanpanya.

7. Persoalan timbul: Berapa banyak kebebasan harus diberikan antara individu dan kerajaan dan bagaimana ia harus diuruskan? Seberapa banyak pula kekerasan dapat dihalalkan?


Aryamehr. Maulimalaraja.

Monday, July 04, 2011

Video-Bersih 2.0

Video yang agak awesome.



Ni pulak video yang pernah kasi aku gelak sampai batuk-batuk.Kalau tak pernah tengok video ni memang betol kera sumbang la.

RINGKASAN


1. Malaysia menyaksikan beberapa demonstrasi jalanan telah diadakan sejak zaman pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi lagi.
2. Tidak pernah ada sebarang titah yang dikeluarkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Negara bagi Malaysia berkaitan demonstrasi yang lepas. Ini sekaligus sesuai dengan posisi Baginda sebagai Ketua Negara dan berpaksikan kepada konsep Raja Berperlembagaan, yang mana Baginda adalah berkecuali dan ‘atas’ dari segala pengaruh politik dan bertindak sebagai lambang penyatuan kepada seluruh rakyat Malaysia.
3. Namun semalam Istana Negara telah pun mengeluarkan titah khas dari Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang menasihatkan agar semua pihak yang mahu mengadakan demonstrasi untuk membatalkan hasrat masing-masing atas nama keamanan.
4. Si penghikayat yakin bahawa titah dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong semalam merupakan keresahan dan kegusaran dari batang tubuh Paduka Baginda sendiri tanpa sebarang ‘pencerobohan’ dari mana-mana pihak. Sudah tiba masanya semua untuk bertenang dan berfikir sedalam-dalamnya titah dari Baginda Duli Yang Dipertuan.
5. Si penghikayat merupakan antara yang pernah bersama-sama turun di jalanan untuk demonstrasi tak beberapa lama dulu. Dan terus memegang kepada prinsip bahawa SEMUA RAKYAT MALAYSIA BERHAK UNTUK MENUNTUT HAK SEPERTIMANA YANG TELAH DIJAMIN FASAL 10 (1) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA. Demonstrasi adalah PERLU apabila ia merupakan JALAN YANG TERAKHIR untuk menuntut sesuatu yang telah dinafikan haknya oleh pihak-pihak yang tertentu.
6. Namun begitu, hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan juga perlu dipegang dan dipertahankan dalam kerangka yang lebih besar, iaitu selagi mana ia tidak membawa kerosakan dan darurat kepada negara. Ini juga turut bersesuaian dengan tafsiran Fasal 10 (2)(a) yang pada pendapat si penghikayat, telah dilupakan atau dipadamkan oleh mereka yang mahu mengadakan demonstrasi BERSIH 2.0 ini.
7. Pada hemat, adalah tidak bijak dan kurang molek untuk penganjur BERSIH 2.0 untuk meneruskan demonstrasi seperti yang dirancang.
8. Ini kerana berbanding dengan demonstrasi yang lepas, BERSIH 2.0 ini menampakkan kemudaratan yang amat dahsyat jika terus dilaksanakan. Amaran demi amaran serta ugutan yang boleh ditafsirkan sebagai ugutan yang berbahaya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan mereka yang mahu menunjukkan jaguh. Jika setiap amaran dan ugutan ini diambil dan direnung dengan sedalam-dalamnya, ternyata kemudaratan yang amat dahsyat akan terjadi.
9. Berundur tidak bermakna lemah, tetapi satu cara menysun langkah yang lebih mantap dari akar umbi. Pembatalan demonstrasi kali ini mampu memberi isyarat kepada rakyat bahawa perjuangan BERSIH 2.0 sememangnya untuk rakyat, dan bukannya untuk kepentingan individu atau parti politik.
10. Demonstrasi tidak bermakna rakyat akan faham akan tujuan BERSIH 2.0. Fahamkan rakyat akan hak mereka dan tuntutan BERSIH 2.0 itu lebih bernas dari berdemonstrasi dan berkonfrantasi dengan mereka yang jahil dan buta hati.
11. Dan kedegilan oleh pihak penganjur BERSIH 2.0 untuk meneruskan demonstrasi pasti akan digunakan sepenuhnya oleh pihak seberang untuk menggunakan sentimen yang pasti mengguris hati setiap anak Melayu dan terus membiarkan anak Melayu untuk terus buta hati dan perasaan, yakni MENDERHAKA KEPADA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG.
12. Percayalah, tindakan yang diatas hanya menjauhkan lagi rakyat kepada matlamat murni BERSIH 2.0. Usah asyik menyalahkan kerajaan yang sememangnya kita semua ambil maklum akan kebobrokan dan kebejatan didalamnya. Gunakan segala jalan yang ada sebaik dan sehalusnya. Gunakan kebobrokan dan kerosakan itu sebagai kekuatan kepada kita, dan bukannya najis kepada matlamat perjuangan. Tarik benang didalam tepung, benang jangan putus, tepung jangan pula berselerak.
13. Kerajaan pula seharusnya menginsafi dengan titah Paduka Tuanku apabila Baginda menyeru pihak kerajaan untuk melaksanakan segala amanah yang diberikan oleh rakyat secara adil dan bijaksana.
14. Akhirnya, si penghikayat amat tersentuh dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong sebagai pelindung dan payung mahkota bumi Malaysia ini. Konteks titah Baginda haruslah dibaca sebagai seorang ‘Ayah’ kepada anak-anaknya tanpa merujuk kepada mana-mana. Terpulang pada si anak dan si pentafsir untuk mentafsirkan nasihat dari ‘Ayah’ samada merujuk kepada anak yang mana.
15. Sekian. Ringkasan pendapat hamba. Mohon untuk berbeza
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...